ISTERI YANG MENUTUP KEMISKINAN SUAMINYA..


Ada sebuah kisah, ada seorang suami yang menangis sedikit teresak di sisi sahabatnya.

Lalu sahabatnya bertanya "Kenapa kau menangis ?"

Suami itu menjawab "Isteri aku sedang demam".

Sahabatnya bertanya lagi "Seberapa

hebat

sayangnya engkau kepadanya ? Hingga dia demam sahajapun engkau sudah menangis seperti ini".

Suami itu menjawab lagi "Kau tak kenal isteri aku itu bagaimana.."

Dia pun mula menceritakan,

"Aku ini miskin. Aku ni tak ada kerja tetap. Setiap hari keluarga aku hanya makan kacang, itupun jika aku dapat balik awal"

"Pernah ketika aku tak dapat balik rumah, isteri aku hanya ada 2 pilihan sahaja sama ada dia akan berpuasa atau minum air putih sepanjang hari.."

"Satu hari, aku sekeluarga dijemput oleh mertua aku ke rumahnya, memang isteri aku dari kalangan keluarga yang agak berada.."

"Masa aku sedang duduk-duduk berbual bersama mertua dengan hidangan yang lazat dan enak, mata aku tak nampak di mana isteri aku berada lalu aku bertanya kepada mertuaku sama ada dia nampak isteri aku ada di mana.."

Ibu mertua aku menjawab,

"Isteri kamu ada di dapur, dia mencari kacang. Katanya dia sudah agak jemu dengan lauk daging, ayam dan semacamnya sehingga dia teringin cuma nak makan kacang"

Ayah mertuaku yang mendengar terus mencelah,

"Terima kasih banyak-banyak kerana jaga anak kami. Secukupnya diberi nafkah dan seeloknya dijaga sampai ayam dan daging pun dia terasa jemu".

"Saat itu dadaku terasa sesak sekali. Aku seupayanya menahan agar tidak menangis. Sekalipun hati aku sebenarnya tidak dapat menahan tangisan".

"Lalu saat sudah balik ke rumah, setibanya di rumah aku terus memeluk erat isteriku sambil menangis teresak-esak".

"Wahai isteriku. Sebegitu sekali kau menjaga keaiban dan kekurangan suamimu hatta di pandangan ayah ibumu sendiri. Sedangkan ku tahu terlalu banyak kekurangan yang ada padaku sehingga dirimu selalu hampir tak makan seharian".

Isteri aku menjawab,

"Ku harus menjalankan tanggungjawabku. Tanggungjawabku adalah menjaga sepenuhnya kehormatanmu wahai suami. Soal tanggungjawabmu kepadaku, aku sentiasa berdoa agar Allah lah yang akan mempermudahkan untukmu melaksanakannya. Kerana aku menjadi isterimu, keranaNya".

Sumber : Ustaz Uthman Daud