LIYANA MARZUKI
Singapura sejak merdeka hanya ada 3 orang Perdana
Menteri.
Setiap kali tukar PM, PM yang sebelumnya akan
dilantik sebagai Menteri Kanan/ Senior Minister.
Bila dah masuk PM ke-3, PM pertama dilantik sebagai
Menteri Mentor dan PM ke-2 dijadikan Menteri Kanan. Sampai begitu sekali mereka
susun agar pelan pembangunan negara diteruskan.
Sebelum PM baru dilantik, mereka pastikan PM baru
ini betul2 bersedia. Semuanya ada kelulusan Ivy League dan lalui semua pusingan
berkhidmat dalam pentadbiran Kerajaan. Daripada Kementerian Pengguna,
Perdagangan hinggalah Kewangan.
Baru2 ni PM Lee Hsein Loong, 70 tahun, dah umumkan
beliau akan bersara. Mereka telah namakan Lawrence Wong, 49 tahun, yang
sekarang memegang portfolio Menteri Kewangan sebagai bakal PM Singapura ke-4.
Muda belia lagi bakal PM Singapura.
Yang pasti, Singapura merdeka selepas kita. 60
tahun berlalu, sekarang Singapura merupakan antara negara terbaik dunia dari
segi ekonomi, sosial dan pendidikan.
Cuba tengokkan mereka punya “SUCCESSION PLAN”. Ini
pada saya rahsia kejayaan mereka yang negara lain boleh contohi.
Tapi di Malaysia, yang dah khianat mandat rakyat
dan berpeluang jadi PM sekali, mintak diangkat jadi PM lagi sekali.
Yang dah dua kali jadi PM pun, dah start bunyi
macam nak naik jadi PM tiga kali.
Yang bekas PM dah kena hukum penjara pun, meroyan
tiap2 hari di FB untuk kekal relevan, mana tahu ada peluang diangkat kembali.
Ya rabbi…
Politik kita dah jadi toksik. Politik
merry-go-round nak jadi Perdana Menteri.
Selagi dinosaur tak sedar diri, selagi itulah
Malaysia stuck lagu ni….
#ohmalaysiaku #saynotopersonalitypolitics