PRESIDENNYA KALUT NAK KEMBANGKAN WARISAN DI SEMENANJUNG.SEMENTARA DI NEGERI SENDIRI ADUN WARISAN BERI AMARAN BLAH DARI WARISAN

 

ADUN Kukusan umum keluar Warisan





ADUN Kukusan Rina Jainal umum keluar Warisan dan menyertai parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Rina Jainal mengumumkan keluar Warisan hari ini.

Beliau membuat pengumuman itu di sebuah hotel di Kota Kinabalu dan memaklumkan menyertai Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat).

“Dengan berat hati, saya mengumumkan keluar daripada Warisan berkuat kuasa hari ini selepas lebih lima tahun berjuang di dalamnya bermula akar umbi sehingga ke peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri).

“Saya juga mengumumkan peletakan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai naib ketua Wirawati Sabah dan ketua Wirawati Kalabakan berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Rina berkata, penyertaannya dalam Harapan Rakyat di bawah pimpinan presiden, Liew Yun Fah, untuk meneruskan usahanya membantu dan berkhidmat kepada rakyat.

“Selepas berbincang, presiden parti berpendapat bahawa parti ini kita boleh bawa untuk memperjuangkan nasib rakyat di Tawau terutamanya, mengapa saya memilih parti Harapan kerana parti ini fokus bekerja, berkhidmat untuk masyarakat di kawasan Tawau.

“Jadi, tidak perlu fikir benih politik yang berlaku sekarang, perebutan kuasa dan sebagainya saya hanya fikir fokus bekerja untuk rakyat, saya yakin parti Harapan boleh memberikan saya keyakinan untuk menolong rakyat di kawasan saya,” katanya.

Pada 18 Okt lalu, Rina yang didakwa akan meninggalkan Warisan tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.

Terdahulu, lima wakil rakyat Warisan bertindak keluar parti iaitu Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik), Yusof Yaacob (Sindumin); Ahli Parlimen Lahad Datu merangkap ADUN Segama, Mohamaddin Ketapi, Peter Anthony (Melalap) dan Nuil Juatim (Limbahau).

Setakat ini, Warisan memiliki 18 kerusi DUN dengan blok pembangkang mempunyai 26 kerusi keseluruhan, manakala blok kerajaan termasuk ADUN Bebas dan ADUN dilantik mempunyai 52 kerusi.

No comments: