TERUSKAN DENGAN RAMALAN ANALISIS....BIASA LA..DUDUK LAM BILIK NAK BUAT ANALISIS MACAMANA....

 

Penganalisis ragui ramalan PRU15 Rafizi akan jadi kenyataan



Penganalisis mengingatkan Rafizi Ramli terhadap prestasi hambar PH
 ketika ia masih berkuasa dan dalam beberapa PRN baru-baru ini.

PETALING JAYA: Beberapa penganalisis mempersoalkan sama ada Rafizi Ramli mengambil kira semua faktor utama secara terperinci sebelum membuat ramalan Pakatan Harapan (PH) boleh memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Mereka memberitahu FMT, bakal timbalan presiden PKR itu mungkin terlalu yakin dengan PH boleh mendapat peratusan undi daripada kumpulan yang disenaraikannya.

Isnin lalu, Rafizi dilaporkan berkata, PH boleh memenangi PRU15, jika ia mampu meraih undi daripada 70% pengundi tegarnya, 30% pengundi kali pertama dan 5% pengundi atas pagar yang beralih sokongan selepas PRU14.

Felo kanan Majlis Profesor Negara, Jeniri Amir percaya Rafizi tidak mengambil kira apa yang berlaku sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, prestasi PH sepanjang 22 bulan berkuasa dan Langkah Sheraton meninggalkan tanggapan buruk kepada pengundi.

“Rafizi boleh tampil dengan angka itu, tetapi saya rasa keseluruhan landskap sudah berubah seperti yang terbukti dalam tiga pilihan raya negeri (PRN) lalu.

“Beliau tidak mengambil kira semua perkara yang berlaku dalam PH dan reaksi pengundi serta orang ramai terhadap PH, khasnya selepas ia gagal menunaikan janji serta manifestonya.”

Barisan Nasional mencapai kemenangan besar dalam PRN Melaka dan Johor, menewaskan PH dan Perikatan Nasional. Di Sarawak, PH mengalami kekalahan besar, dengan hanya memenangi dua daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia berkata, corak pengundian di Johor dan Melaka adalah isyarat jelas PKR serta PH belum berjaya menawan undi Melayu.

Katanya, selagi orang Melayu tidak dapat melihat mengapa dan bagaimana kerajaan PH boleh memanfaatkan mereka, gabungan itu tidak akan mendapat sokongan mereka.

Beliau berkata, undi yang disasarkan Rafizi boleh dicapai di kawasan pengundi campuran di bandar, tetapi bukannya di kawasan orang Melayu.

Oh Ei Sun.

“Saya tidak rasa ia cukup untuk mengubah kedudukan PH di seluruh negara.”

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura turut meragui kemampuan PH untuk mencapai jumlah sokongan yang diharapkan Rafizi, berdasarkan keputusan PRN Johor, Melaka dan Sarawak.

Katanya, keinginan mencapai peratusan keluar mengundi itu dan merealisasikan adalah perkara berbeza.


No comments: