KEH..KEH NILAI MELAYU 100 JE KE...?????

 


Bantuan tunai tambahan RM100 tak cukup, kata ahli ekonomi




Ahli ekonomi menyokong keputusan pemansuhan subsidi minyak masak
 berbotol yang disifatkan langkah baik kerana ia tidak disasarkan
 kepada golongan B40 pada mulanya.

GEORGE TOWN: Seorang ahli ekonomi mengkritik langkah kerajaan menaikkan sebanyak RM100 bayaran tunai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) untuk membantu golongan B40 menangani kenaikan kos sara hidup.

Geoffrey Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia berkata, jumlah RM100 itu tidak mencukupi untuk isi rumah B40 menyara diri selama berbulan-bulan, terutamanya dengan harga ayam, telur dan minyak masak yang dijangka meningkat selepas 1 Julai.

Beliau juga menyifatkan pemansuhan subsidi minyak masak tulen berbotol langkah baik kerana ia tidak disasarkan kepada golongan B40 pada mulanya.

Namun beliau menjangkakan permintaan untuk minyak masak peket 1kg akan meningkat selepas 1 Julai ini kerana “pengguna berpendapatan tinggi pun akan membuat pilihan paling murah”.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Geoffrey Williams.

“Ini hanya akan menyebabkan kekurangan (minyak masak) peket kerana pengeluar juga akan menuangkan minyak dari botol ke dalam peket. Ia tidak akan mengurangkan pembelian minyak bersubsidi atau menghentikan penyalahgunaan oleh penjual komersial dan penyeludup,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan tunai BKM ditambah RM100 untuk setiap isi rumah yang akan memanfaatkan kira-kira 8.6 juta orang dan 4 juta isi rumah.

Katanya, kerajaan akan memansuhkan subsidi minyak masak tulen berbotol kerana subsidi itu disalahgunakan oleh sektor komersial dan penyeludup.

Katanya, harga siling ayam dan telur juga akan dimansuhkan selepas 30 Jun ini.

Dalam pada itu, bekas timbalan menteri, Teo Nie Ching, berkata pengumuman kenaikan BKM itu akan meminggirkan golongan B40 “baharu”.

Katanya, selepas pandemik Covid-19 melanda, kira-kira 20% golongan M20 terjejas pendapatan mereka dan jatuh dalam kumpulan B40.

“Golongan B40 sepatutnya kini dipanggil B60 kerana pandemik Covid-19 telah mengakibatkan golongan pertengahan atau M20 hilang pendapat dan hampir separuh menjadi kategori B40. Jadi kumpulan ini (golongan M20 yang menjadi B40) telah dipinggirkan kerajaan untuk turut mendapat BKM ini,” katanya Ahli Parlimen Kulai itu.

No comments: