DAH TAHU PENYAMUN DAN PENYANGAK YANG ENGKAU PERGI SOKONG TU BUAT APE....

 

Perbalahan dalam Umno dijangka berterusan selepas PRU15




Dalam jangka sederhana, tidak kira puak Umno mana yang bakal
 membentuk kerajaan, Fitch Solutions menjangkakan momentum
 reformasi akan kekal perlahan.\

PETALING JAYA: Risiko pertikaian puak dalam Umno mungkin meningkat walaupun Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum akan datang (PRU15), kata agensi penarafan kredit Amerika Syarikat (AS) Fitch Solutions.

Menyedari bahawa Barisan Nasional (BN) dan Umno kelihatan berada dalam “kedudukan dominan” menjelang PRU15, agensi itu menekankan isu perpecahan antara dua puak utama dalam parti, iaitu mereka yang menyokong kerajaan semasa pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, dan mereka yang menyokong bekas perdana menteri Najib Razak dan sekutunya, termasuk Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Fitch Solutions berkata, walaupun perbalahan politik kurang berkemungkinan berlaku sebelum PRU15 memandangkan Umno mungkin merapatkan barisan dan memberi tumpuan untuk memenangi pilihan raya, namun risiko berlakunya pertikaian antara puak itu akan meningkat apabila kemenangan dicapai.

“Ini boleh menyebabkan Malaysia mengalami keupayaan membuat dasar dan pelaksanaan yang kurang berkesan walaupun BN menang pada pilihan raya,” katanya dalam laporan penyelidikan risiko dan industri negara terbitannya.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Dalam jangka sederhana, tidak kira puak Umno mana yang bakal membentuk kerajaan, kami menjangkakan momentum reformasi akan kekal perlahan.

“Pertikaian antara puak mungkin berterusan di belakang ketika landskap pilihan raya Malaysia kini jauh lebih kompetitif berbanding ketika BN kekal dominan dalam tempoh 61 tahun pertama kemerdekaan dan reformasi Malaysia.”

Fitch Solutions berkata, ia terus menjangkakan pilihan raya diadakan pada separuh kedua tahun ini, iaitu jauh lebih awal dari tarikh akhir September 2023.

Sebahagian besarnya ini disebabkan “kemenangan muktamad” gabungan BN pada pilihan raya negeri (PRN) Johor pada Mac, tambahnya.

Katanya lagi, pembaharuan yang boleh mengembangkan asas cukai dan meningkatkan daya saing tidak mungkin dilaksanakan kerana ia tidak popular.

No comments: