Panas! Peja akhirnya buka mulut isu tanah lapangan terbang Seri Iskandar yang dijual semasa jadi MB

 


Panas! Peja akhirnya buka mulut isu tanah lapangan terbang Seri Iskandar yang dijual semasa jadi MB

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyatakan kesediaan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu penjualan tanah bagi tapak cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar.

Bekas menteri besar Perak itu berkata, sebagai rakyat Malaysia, beliau wajib memberi kerjasama bagi membantu siasatan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, beliau membidas bekas exco kerajaan negeri itu yang mendakwa kononnya tidak mengetahui mengenai perkara tersebut.


“Apakah exco yang saya pimpin pada ketika itu tak bijak, sehinggakan nak besarkan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, dalam masa yang sama, tak tahu tentang apa yang terjadi, kepada kononnya nak diadakan lapangan terbang di Seri Iskandar?” soal beliau.“Waktu saya menjadi Menteri Besar, exco saya yang kononnya tak tahu menahu tentang ada tapak lapangan terbang lain, (mendakwa) tak dibincangkan tanah nak dijual dan sebagainya, dia sendiri yang mengumumkan untuk membesarkan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.

Beliau ditemui ketika majlis kembara sahur bersama Funriders di Tambun dekat sini awal pagi ini.


Bagaimanapun, beliau memohon agar SPRM menyiasat isu itu sedalam-dalamnya dan mendedahkannya kepada orang ramai.Menurut Ahmad Faizal, beliau sebenarnya tidak berminat untuk memberi sebarang ulasan kepada pihak media kerana ia masih dalam siasatan SPRM.

Isu penjualan tanah lapangan terbang terbabit timbul selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong Nga Kor Ming pada sidang DUN Perak Mac lalu, mendakwa tanah itu sudah dijual tanpa kebenaran kerajaan negeri.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad kemudiannya memaklumkan, penjualan tanah berkenaan dilakukan ketika di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, kepada syarikat swasta, untuk tujuan pembangunan bercampur.

No comments: