Ketua Amanah Kota Bharu telah menunjukkan Imej satelit membukti tanah di kawasan Nengiri telah digondolkan..
22 Ramadhan / Hari ke 22
Mata Air Musa a.s dan Mata Air Kita -
Usah Menempa Kemusnahan Sendiri
قُلْ أَرَءَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ مَآؤُكُمْ غَوْرًا فَمَن يَأْتِيكُم بِمَآءٍ مَّعِينٍۭ
"Katakanlah: 'Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu meresap ke dalam Bumi menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air melimpah yg mengalir bagimu (semula)?' ".
Al Mulk : 30
Ayat ini menggerunkan bagi sesiapa yg mampu merenung.
Ancaman yg dibawa oleh Ayat ini bukan kenyataan dari United Nation - yg mungkin benar akan terjadi mungkin tidak.
Ia datang dari Maha Pencipta Yang Maha Berkuasa Penuh. Yg memiliki 'single command' yg tak mampu dipertikai atau dihalangi KekuasaanNya. Hujung jatuh info akan datangnya tak bertepi.
Sumber air yg asalnya melimpah ruah akan kering meresap ke dalam Bumi pada titik terdalam. Sehingga keperluan paling asas ini sirna.
Kata مَّعِينٍۭ / ma'iin - membawa makna air yg mengalir atau melimpah, sehingga dapat dipandang mata.
Seperti kebanyakan anak-anak sungai dan sumber mata air-mata air di hutan-hutan kita. Begitu indah, mengasyikkan.
Deru mereka se akan Tasbih. Bersih dan jernih, mengalir bebas tersedia untuk diminum dan diguna pakai se maunya.
Hutanlah yg menjadi rakan kewujudan mereka. Apa lagi hutan hujan tropika seperti yg kita miliki.
Ia khazanah berharga yg tak ada nilainya.
Pada Ayat ini, dua kali kata مَآ /maa' atau air, wujud.
Sekali 'air (kegunaan) kamu'/ مَآؤُكُمْ / maa'ukum - merujuk kepada air kegunaan kita manusia. Yg selalu kita ambil mudah/'take for granted' yg ia akan ada selama-lamanya. Pada hal tidak!
Sekali 'dengan air yg melimpah ruah mengalir'/ بِمَآءٍ مَّعِينٍۭ.
Merujuk kepada nostalgia lama manusia pada satu akan datang mengenai keadaaan masa yg telah berlalu. Teringat dulunya sumber air melimpah ruah sehingga alirannya ada di mana-mana dan dapat dilihat mata.
Kerana itu, pada masa itu mereka mengambil mudah.
Sekalipun hutan-hutan asli dimusnahkan dengan sangat luas, aliran air itu tetap akan ada, pada sangkaan mereka. Apa nak kisah.
Pada hal, Allah mentadbir alam ini antaranya dengan hukum sebab akibat yg jelas - memperingatkan tidak begitu. Sangkaan itu salah sama sekali.
Pemusnahan oleh tangan-tangan kamu akan berakhir dengan meresapnya air itu ke dalam Bumi.
Panas matahari selepas hilangnya hutan-hutan itu menjadikan Bumi separuh mati dan menelan air-air itu ke titik terdalam - غَوْرًا / ghauran.
Pada masa itu, menangis tak berguna lgi.
Ia tidak akan terjadi esok. Namun, ia tetap akan terjadi jika peringatan Allah ini tidak diendahkan.
Antara dua masa dan dua keadaan ini, Ayat ini membawa kita merenung. Keadaan masa akan datang penuh kesusahan dan keadaan masa lalu penuh kenikmatan. Tetapi diabaikan Peringatan Allah.
Husam Musa
22 Ramadhan 1443H/ 24 April 2022
=====
(Nota : imej satelite di bawah dari kawasan Hutan Simpan Kekal Nenggiri yg diluluskan untuk penebangan habis. Ia menunjukkan bukit-bukit yg telah ditereskan dan hutan yg telah dibersihkan. Terdapat aliran anak-anak sungai yg masih kelihatan yg kini terdedah dan telah terganggu)
*Foto satelite bertarikh 30 March 2022 di Kompartmen 47 Hutan Simpan Nenggiri. Tidakkah ia memusnahkan?