AKAI TAK DAK..TAK MAU PELIHARA JANGAN BELA BINATANG...NATANGMUNG

 Video tular tarik anjing, polis rakam keterangan 2 beranak





Video tular memaparkan penumpang Myvi berwarna putih menarik
 seekor anjing menggunakan tali ketika kenderaan itu sedang bergerak.

PETALING JAYA: Polis merakam kenyataan seorang wanita warga emas dan anak lelakinya, semalam berhubung satu video tular memaparkan tindakan penumpang Perodua Myvi menarik seekor anjing ketika kenderaan tersebut sedang bergerak.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Rupiah Abd Wahid berkata, kejadian itu dipercayai berlaku di kawasan perumahan Taman Sri Skudai di Johor Bahru, kira-kira 2 petang pada Jumaat lepas.“Hasil soal siasat mendapati anjing berkenaan adalah haiwan peliharaan mereka yang masing-masing berumur 61 dan 34 tahun. Anjing itu telah hilang dan dijumpai semula di kawasan perumahan mereka dalam keadaan kotor dan berkutu.

“Anaknya beranggapan tidak sesuai anjing itu dibawa masuk ke dalam kenderaan. Maka, ibunya menggunakan tali penarik anjing dan menarik anjing itu dari tingkap penumpang, manakala anaknya memandu secara perlahan memandangkan anjing itu dijumpai di kawasan berhampiran rumah mereka,” katanya dalam kenyataan.

Rupiah berkata, kedua-dua individu itu telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan atau Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953, manakala kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Semalam, tular satu video berdurasi sembilan saat di laman Twitter memaparkan penumpang Myvi berwarna putih menarik seekor anjing menggunakan tali ketika kenderaan itu sedang bergerak.

No comments: