Adam Adli, rakan rakan selesai pencalonan jawatan AMK

 




Pencalonan bagi jawatan utama Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia telah dipenuhi oleh pasukan Seangkatan yang dianggotai Adam Adli, Kamil Munim dan rakan rakan.



Pencalonan mereka dilakukan di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, pagi tadi.



Menurut Adam, mereka menawarkan diri ke posisi utama AMK setelah mendapatkan penilaian dan sokongan dari rakan rakan seluruh Malaysia untuk menggalas cabaran bertanding



"Hari ini kita selesaikan proses pencalonan dengan beberapa langkah tadi. Saya dan beberapa rakan rakan kami sudah pun selesai hantar pencalonan bagi 4 jawatan yang dipertandingkan dalam AMK pusat



"Jadi saya sudah pun selesai tawarkan diri sebagai calon Ketua AMK pusat, diikuti saudara Kamil Munim bagi jawatan Timbalan Ketua dan Danish Hairudin bagi Naib Ketua AMK dan saudara Praveen Murali bagi jawatan Naib Ketua AMK untuk 2022 - 2025.



"Kami rakam terima kasih kepada rakan AMK dari Utara sampai Selatan dalam seminggu lebih ini beri pendapat dan sokongan dan itu beri kami kekuatan untuk tawarakn diri," katanya.



Selain itu, kata Adam, pasukan mereka yang dikenali sebagai Seangkatan itu berhasrat untuk mewujudkan pasukan AMK dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 yang akan diadakan beberapa bulan ke hadapan.



"Di bawah pasukan kita namakan Seangkatan ini, mesej kita nak sampikan ialah sebuah AMK bersama, bersatu padu yang bawa satu kekuatan cukup baik menjelang pemilihan, kerana pemilihan kali ini akan menyediakan KEADILAN sebuah pasukan lebih kuat dalam berhadapan PRU yang sangat dekat.



"Kita percaya dengan semangat Seangkatan kami bawa kita menggarap dan merangkul semua kekuatan dalam AMK," katanya lagi.

 

No comments: