*USUL SOSMA DITOLAK DI DEWAN RAKYAT: BUKTI UMNO-BN PUNCA KETIDAKSTABILAN POLITIK NEGARA*

 ]*USUL SOSMA DITOLAK DI DEWAN RAKYAT: BUKTI UMNO-BN PUNCA KETIDAKSTABILAN POLITIK NEGARA*

1. Sejarah telah tercipta semalam di Dewan Rakyat apabila kerajaan gagal meluluskan usul untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk tempoh lima tahun lagi. Kegagalan meluluskan usul yang sememangnya melanggar hak asasi manusia ini, berpunca daripada Ahli Parlimen Kerajaan yang tidak hadir untuk undi menyokong terutamanya ahli-ahli parlimen UMNO-Barisan Nasional.
2. Namun UMNO-BN lebih galak membangkitkan isu pencabulan MoU oleh Pakatan Harapan berbanding mempersoalkan komitmen kehadiran ahli-ahli parlimen pihak kerajaan.
3. Sikap berpura-pura yang dibuat oleh UMNO-BN dilihat hanya sebagai helah untuk memanipulasi kempen 'kestabilan' mereka walhal merekalah (terutamanya kluster mahkamah) yang menjadi punca huru-hara politik Malaysia pasca PRU 2018.
4. UMNO dalam perhimpunan mereka yang terbaharu juga mendesak agar parlimen dibubarkan dalam kadar segera. Desakan ini dibuat dipercayai bagi mengambil manfaat daripada perpecahan undi pembangkang.
5. Rentetan itu kami menyeru agar pengundi dan penyokong pembangkang perlu bangkit dengan penuh semangat berarak sekali lagi ke peti-peti undi menolak UMNO-BN dan tongkat mereka pada PRU ke-15 nanti bagi menyatakan pendirian yang jelas menolak pendekatan politik lapuk dan rasis perkauman termasuk menghukum penyamun-penyangat yang telah menghina akal budi rakyat Malaysia.
*RAZAK RIDZUAN*
Timbalan Ketua
Pemuda AMANAH Nasional
24 Mac 2022
May be an image of 6 people and text that says "PEMUDA AMANAH NASIONAL USUL SOSMA DITOLAK DI DEWAN RAKYAT: BUKTI UMNO-BN PUNCA KETIDAKSTABILAN POLITIK NEGARA Kpaa RAZAK RIDZUAN Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional Amanah HAR HARPAN"

No comments: