1MDB: Saksi di Singapura setuju beri kerjasama siasat kes suami Zeti - Polis Sinar Harian Mac 24, 2022

KUALA LUMPUR: Beberapa saksi di Singapura sudah bersetuju untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes Datuk Dr Tawfiq Ayman berkaitan dakwaan beliau menerima dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, sepasukan pegawai penyiasat akan ke negara terbabit pada 29 hingga 31 Mac ini.

"Siasatan bagi mendapatkan keterangan dan juga dokumen yang diperlukan, sebelum dirujuk semula kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

"Kita ada saksi-saksi di sana membabitkan perbankan yang bersetuju untuk memberi kerjasama," katanya pada sidang media di sini pada Khamis.

Mohd Kamarudin memaklumkan mungkin terdapat beberapa tambahan keterangan saksi lain bergantung kepada keadaan.

Terdahulu, Tawfiq yang juga suami kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menerusi firma guaman Tetuan Jagjit, Ariff & Co menjelaskan tidak pernah menerima sebarang bentuk rasuah daripada sesiapa.

Beliau menegaskan tidak mengenali individu bernama Tim Leissner atau Roger Ng jauh sekali bertemu atau berkomunikasi dengan mereka.

Kenyataan itu hadir susulan keterangan diberikan Leissner yang juga bekas pengerusi syarikat perbankan, Goldman Sachs pada prosiding perbicaraan terhadap bekas pegawai bawahannya, Roger Ng di Mahkamah Tinggi Brooklyn, New York, baru-baru ini.

No comments: