PERTEMUAN BERSAMA PM

 



Saya bersama saudara Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Parlimen.

Kami mendapat jaminan daripada Perdana Menteri bahawa suatu pindaan Perlembagaan terkait Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti akan dibentang minggu depan.

Kami turut mencadangkan agar diberikan kelonggaran terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memudahkan proses kempen Pilihan Raya Negeri Johor.

Kami juga mengulangi pendirian berhubung penjelasan beliau di Parlimen pagi tadi berhubung peranan dan tugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang harus bertindak tanpa bersikap selektif.

 

No comments: