BAIK KE GEREJA( RENUNGAN UNTUK PIHAK MASJID)




Miqdad Zakaria

052hlt3S2ami4co3air6ef1da 

·BAIK PERGI GEREJA BOSSKUR...!!??

Aqidah memang tidak boleh dijual beli tetapi mudah tergadai tanpa sedar.

Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid, buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Kes curi RM2.00 dari tabung masjid, alih-alih kena penjara. Mungkin yang melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat.

Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam-macam note..

Aku belek buku. Lima ruang untuk diisi. Tarikh, Nama, no tel, jumlah, catitan.

Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama Melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor telefon. Salah satu nama lelaki ambil RM50 untuk beli susu anak.

Aku call no yang dicatat. Sembang beberapa minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu.

"Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama.

Saya pun pergi tempat tu dengan dia."

Kenapa encik ambik RM50 je. Bukan ada orang jaga pun?

"Entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit untuk tambang pusing-pusing cari kerja."

Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik?

"Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dengan nasi bungkus makan lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri."

Aku langsung teringat pada sorang pakcik yang sedang ronda tempat parking masa tu.

Encik masih kerja di situ?

"Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan"

Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul RM ratusan ribu tp ahli qariah ada yang dapur tak berasap!

Renungkan:

kutipan setiap jumaat yang tercatat ratusan hingga ribuan RM..

1) kemana aliran kewangannya untuk kebajikan ahli qariah?

2) tidak cukup hanya bendahari..siapa audit yang btauliah untuk kewangan masjid?

3) adakah di masjid tersedia satu biro khas yang mengaudit ahli qariah fakir, miskin, ibu tunggal, dll??

memang benar data yang ada di majlis agama, pusat zakat dan pusat kebajikan masyarakat itu ada, tapi data itu terlalu umum..sepatutnya masjid yang mpunyai sumber sumbangan tetap setiap minggu perlu lebih prihatin dalam menjaga kebajikan ahli qariah.

Didoakan semoga ahli masjid dapat memantau dan menjaga ahli qariah masing-masing...

Jangan dibiarkan sedara seagama hidup melarat..

Dalam menjaga hablumminallah...

Jagalah hablumminnas....

#islamkah

#kita

#jika

#ada

#derita

#saudaraseagama

Kredit - Mohd Asri Bakar

 

No comments: