PERPECAHAN PAS : MASA TAK ADA KUASA..HANGPA HENTAM SEMUA ORANG..PARTI HANGPA SAJA YANG BAGUS..ORANG SEMUA TAK BAGUS. BILA DAH ADA KUASA , SESAMA SENDIRI PULAK GADUH.

 


PERPECAHAN DALAMAN PAS DAN DISIPLIN SECARA TERPILIH.



18 Januari 2022
1. Kenyataan SUA PAS, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa tindakan pemecatan Khairudin Aman Razali @ Khairuddin Takiri semata mata sebab disiplin adalah tidak tepat tetapi sebaliknya ia berpunca dari perpecahan politik dalaman.
2. Khairuddin pernah melanggar SOP ketika menjadi Menteri sebelum ini apabila tidak kuarantin setelah pulang dari Istanbul tetapi PAS tidak komen sepatah pun dan ada pihak yg cuba membela insiden tersebut walaupun ini insiden menjadi tumpuan negara dan juga media antarabangsa. Imej Pas juga turut tercalar kerana tindakan itu. Jika benar PAS meletak disiplin didepan, ketika itu lagi Khairuddin dipecat.
3. Kalau disiplin juga menjadi pertimbangan utama PAS kenapa isu rasuah berleluasa dan masalah besar SPRM tidak pernah disentuh PAS? Adakah kepentingan tertentu perlu dijaga ?
4. Bukankah sebagai sebuah parti pemerintah kerajaan hari ini, PAS juga perlu ambil berat isu disipilin membendung rasuah juga?
5. Di Terengganu, begitu banyak poster di gantung untuk JAUHI ZINA tetapi kenapa tidak pernah kelihatan poster "JAUHI RASUAH" yang juga masalah amat besar?
6. PAS bercakap tentang disiplin secara "terpilih" dan bukan menyeluruh secara serius.
7. Tetapi kerana perbezaan politik dalaman PAS Khairuddin Takiri telah digugurkan dari AJK PAS Pusat kerana menyatakan sesuatu yg berbeza dari pandangan pimpinan utama PAS.
8. Ini jelas menunjukkan budaya wala' yang tebal wujud dan dikuatkuasakan dalam PAS. Pandangan dan pendapat berbeza tidak digalakkan malahan dikawal dengan ketat.
9. Semasa (bekas) ahli PAS yg kini bersama AMANAH hari ini memberi pandangan berbeza sedikit mereka dilabel puak liberal, pro LBGT dan Anwarinas.
10. Kemudiannya berlaku gerakan besar besaran secara cai untuk menyingkir mereka di muktamar 2015.
11. Bertentangan dengan sunnah Rasulullah saw, perbezaan pendapat bukan suatu yang diraikan dalam PAS, malahan dibendung dan dihukum.
12. Kerana itu istilah wala' sangat sinonim dengan PAS dan tidak dalam parti parti lain.
13. Sedang wujud hari ini beberapa kumpulan dalam PAS yang berbeza pendapat dan PAS menghadapi bibik perpecahan dalaman yang sukar dibaiki kerana dengan konsep wala' dalam PAS hari ini, perbezaan pendapat dan kompromi tidak diamalkan dengan sihat.
14. Saya sendiri mengalami kejutan semasa masih menjadi ahli PAS dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu apabila saya menulis rencana tentang jasa dan ketokohan almarhum Tuan Guru Nik Aziz seminggu selepas Tok Guru meninggal.
15. Saya dipanggil oleh ketua kawasan Pas Kuala Terengganu di rumah seorang AJK kawasan selepas solat Jumaat dan "di soal" kenapa saya menulis artikel tersebut tentang jasa dan pendekatan almarhum Tuan Guru Nik Aziz yang semua orang tahu begitu lembut dan bijaksana penuh berhemah.
16. Pendekatan almarhum Tuan Guru Nik Aziz tidak lagi menjadi "cara" atau budaya PAS dan hanya cara pimpinan sekarang sahaja boleh dipakai .
17. Inilah buktinya perbezaan pendapat tidak diraikan atau diterima dalam PAS hari ini.
18. Isu "disiplin" disebut oleh SUA PAS sebenarnya adalah kerana pihak lain memilih untuk memiliki pandangan berbeza. Sedangkan wala' adalah satu satunya cara yang dibenarkan dalam PAS hari ini.
19. Bukan hanya pimpinan tinggi seperti Khairuddin Takiri menjadi mangsa, ahli ahli dibawah juga terpaksa "menelan" apa saja budaya tidak sihat PAS hari ini dan mereka tidak berani bersuara.
20. Ramai ahli dan penyokong PAS hari ini amat kecewa dengan perubahan besar sikap serta budaya "Tuan Besar" pimpinan atasan PAS hari ini tetapi mereka terpaksa menelan pahitnya dengan tangisan di belakang tabir.
21. Perpecahan dalaman PAS memang berlaku dengan cara tersembunyi hari ini.
RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
Pengerusi AMANAH Terengganu

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

Rakyat Malaysia Suka Barang Naik Ustaz Azhar Idrus medium