DIA DAH JAWAB.WALAU NAMPAK BODO. TAPI DIA JAWAB JUGA

 



Dia dah jawab dah. Tapi bila jawab tanpa berfikir, memang kelakarlah jawapannya.


Katanya, jarak antara tempat yang terdapat dalam imej dron itu adalah jauh, lebih kurang lima ke enam kilometer daripada habitat harimau.


Untuk makluman, harimau bukan macam manusia. Lima ke enam kilometer itu, bagi slowrunner, sejam dah boleh sampai. Apa lagi harimau!


Harimau ni tuan tuan, dia bukan duduk rumah macam manusia. Nak bangun alih siaran tv pun malas, sampai tercipta remote.


Harimau memang roaming mencari makan. Jangan harimau, kucing kampung yang malas tu pun bila jalan entah berapa kilometer entah.


Keduanya, harimau bukan jenis tunggu sampai habitatnya diceroboh baru dia nak lari. Dia tak macam kerajaan, rakyat mati akibat banjir baru nak turun berikan bantuan.


Bila pembalak dah berada di dalam radius dia buru makanan, harimau akan tinggalkan tempat itu kerana bagi mereka sudah tak selamat.


Ketiga, harimau hanya serang manusia kalau rasa terancam. Manusia bukan makanan harimau secara semula jadi. Melainkan kalau harimau itu terlalu lapar.


Jadi mungkin pembalakan belum masuk habitat harimau. Tapi haiwan yang jadi makanan harimau sudah habis lari kesan pembalakan sehingga sang harimau tak dapat lagi mencari makanan di situ.


Kalau dah salah, mengaku sajalah. Tak guna buat dalih sampai nampak diri tu bodoh. Rakyat dah pandai sekarang ni.


Kita lebih berminat dengan pelan jangka panjang. Nak tahu apa rancangan kerajaan untuk elakkan perkara ini berulang. Bukan nak dengar alasan.


Tapi nampaknya tak ada ciri-ciri pembalakan akan dihentikan. Kalau sampai sanggup buat alasan begini, kita ucap RIP kepada hutan kita.


 

Raja Gelap