PAS DISENGAT KALI KE- 3 :



Dahulunya PAS diimejkan parti Ekstremis kerana dibawakan budaya Takfiri - Kafir mengkafir sesama Islam oleh kebanyakan ahli PAS lantaran ucapan Hadi Awang  terhadap Umno diBanggol Peradung,  Terengganu yang dikenali kerajaan BN dengan nama panggilan -  Amanat Songsang Haji Hadi.


Namun situasi Ekstremis pembawakan ini , juga tulisan buku siapa KAFIR telah diseimbangkan oleh watak kesederhanaan Mursidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik  Abdul Aziz Nik Mat. Dengan watak sederhana ini  PAS telah berkembang diMalaysia setelah PAS memenangi Kelantan pada tahun 1990 dengan pukulan KO terhadap UMNO. Akibat perpecahan dalaman Umno, diantara Team A dan Team B sehingga UMNO ( 1946 ) telah diharamkan oleh Mahkamah.


Seterusnya apabila Umno berpecah lagi setelah DSAI dipecat oleh UMNO,  PAS dapat menawan Terengganu yang dipimpin semula oleh Hadi Awang pada tahun 1999. 


PAS Terengganu dipimpin secara mendedami  rakyat serta ahli ahli yang Pro kepada Umno dimana Wisma Darul Iman telah dikunci dan dikepung oleh pihak PAS sebaik menawan Terengganu, menghalau murid murid yang bersekolah diTabika dimiliki oleh KEMAS-UMNO, membuang kakitangan yang pro UMNO dan lain lain tindakan yang menyerupai pelaku UMNO, oleh itu pemerintahan secara sebegitu telah memberikan kesan kepada kekalahan PAS pada tahun 2004 dalam edisi PRU-11. Pada waktu ini perbezaan cara pemerintahan PAS diKelantan dan diTerengganu telah diadili oleh pengundi tempatan.  Nyata Imej sederhana Allahyarham  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diterima oleh penyokong dan pihak lawan politik sendiri iaitu parti Umno.


Setelah itu PAS Terengganu telah kalah memanjang akibat kesan Imej Hadi Awang sebagai MB Terengganu - ditolak oleh rakyat. 


Kekalahan yang berterusan yang menimpa Hadi Awang selaku Presiden PAS telah membuatkan Hadi Awang berfikir untuk mula "BERTAWAUN" dengan parti UMNO, walaupun idea ini cukup keras ditentang oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ( ATGNA ). Dimana beberapa pimpinan tertinggi PAS telah dipecat kerana menyokong idea Tawaun ini seperti Nasharuddin dan Allahyarham Dato Hassan Ali. Lalu wujudlah kumpulan yang pro ATGNA - ERDOGAN dan pro Hadi -ULAMA. 


Pada pemikiran Hadi Awang selagi  PAS menjadi Pembangkang Tegar, maka mana mungkin Hadi dapat merasai kerusi empuk TPM atau Menteri Kabinet selagi terus menerus menyerang UMNO. Gerakan untuk bersama dengan UMNO tetap diteruskan oleh Hadi walaupun diberi Amaran Keras oleh ATGNA untuk memecat HADI sekiranya terus bersikap bertawaun dengan UMNO. ( Seperti yang didedahkan oleh Lokman Adam , Najib dan Takiyuddin sendiri bahawa usaha BERTAWAUN dan menerima DANA RM90 juta dan lain lain dana RM daripada UMNO didedahkan selepas PRU - 14).


Saat ditunggu HADI muncul apabila ATGNA meninggal dunia menghadap Illahi pada tahun 2015, kerana tiada siapa lagi yang akan berani menegur dan memberi amaran keras kepada HADI selaku Presiden PAS untuk berbaik dengan Umno dan meninggalkan Pakatan Rakyat.


Majoriti kesemua pimpinan tertinggi PAS yang setia kepada ATGNA telah disingkirkan melalui gerakan semasa Muktamar PAS tahunan 2015.


Nyata pada tahun 2016 Hadi telah membuat kenyataan media  untuk Berbaik - Bertawaun semula dengan UMNO akan dilaksanakan. 


Maka "Kambing Hitam" dicari dan rakan sekutu PAS iaitu DAP telah dijadikan alasan untuk PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana tidak merestui PAS melaksanakan hukum hudud - RUU 355  diKelantan.


Seperti yang diterangkan sendiri oleh Hadi dan Najib yang mendedahkan gerakan gabungan antara PAS & UMNO- BN ini dimulakan sebelum PRU-14 bagi memecahkan undi Pembangkang untuk terus mengekalkan BN- UMNO yang disiarkan oleh media arus perdana setelah BN tumbang dan UMNO makin karam dan rakan komponen BN meninggalkan UMNO.


Namun setelah UMNO semakin karam PAS pula telah menghulurkan Tali demi memyelamatkan UMNO - BN.


Sekarang apabila UMNO kembali menjadi PM melalui gerakan undi tidak percaya, iaitu bukan melalui pilihan rakyat dan UMNO memimpin kerajaan memerintah diPutrajaya maka PAS mulai disisih menerusi PRN Melaka dan PRN Johor. Malah Umno Kelantan pula telah mula meninggalkan PAS demi menawan Kelantan dalam edisi PRU-15 nanti. Sebelumnya jiran Kelantan, UMNO Terengganu awal awal lagi telah nampak wajah PAS dan penolakan rakyat terhadap PAS diTerengganu untuk tetap melawan PAS dan MN.


Hari demi hari parti PAS pimpinan Tan Sri Hadi  diperlihatkan kegagalan sebagai kerajaan memerintah melalui kapasiti Mebteri  Kabinet dan Duta Khas serta gagal pula menunaikan Janji semasa menjadi Pembangkang yang bergerak sebagai sebuah Parti Islam yang memperjuangkan Islam dan HUDUD. Malah apabila berada didalam kerajaan memerintah semasa, PAS lebih dilihat amat sayang sekali kepada GHANIMAH dan hanya menjadi Pak Angguk - Barua sahaja kepada MCA seperti diTanjung Piai. 


Pelik semasa menjadi kerajaan memerintah tiada pula usul RUU 355 dibawa untuk dibahaskan diparlimen untuk diluluskan seperti mana 3 kali usul RUU 355 dibawa oleh HADI dan disokong oleh UMNO.


MAKA ingatan ATGNA supaya PAS jangan disengat 2  kali dilubang yang sama telah mula berlaku. Serta Amaran ATGNA untuk meludah sesiapa sahaja termasuk Presiden jika ada niat untuk bersama dengan UMNO patutlah diingat semula.


Nyata PAS sekarang telah diulit mimpi GHANIMAH DUNIA.


TINTA MERAH

28 Jan 2020 - Putrajaya.



No comments: