Licik permainan UMNO. Mereka yakin mereka dalam keadaan
terbaik
untuk menang pilihanraya waktu ini walaupun mereka bukanlah
begitu kuat.
UMNO sekarang hanya mengambil kesempatan daripada kelemahan PH.
Apa kelemahan PH? Iaitu idea khemah besar.
Cuba lihat cara UMNO membuat serangan ke atas PH saban hari.
Mereka menyerang PH dengan ayat-ayat dungu yang dihamburkan oleh Mahathir
seperti manifesto bukan kitab suci. Malah Najib juga bangkitkan soal hutang 1
trillion.
Kerana mereka tahu, saat terlemah PH adalah ketika Mahathir
menjadi ketua. Logo PH sudah begitu sinonim dengan nama Mahathir.
Walaupun PH kini dipimpin oleh DS Anwar, namun kegilaan pemimpin
PH terhadap idea khemah besar buatkan PH terus terkait dengan Mahathir.
Dan itu membuatkan kerja UMNO lebih mudah. Marah rakyat kepada
Mahathir akan buatkan ramai penyokong PH yang akan boikot mengundi. Malah ada
pengundi atas pagar yang akan terus tolak PH.
Dari kelemahan PH yang itulah UMNO ambil cuba kesempatan untuk
menangi pilihanraya. Taktik ini berjaya di Melaka dengan cemerlang.
Juga akan berjaya di Johor nanti kerana pemimpin PH masih tak
mahu dengar dan faham suara rakyat. UMNO memang cekap menghidu peluang.
Jika berjaya di Johor, maka UMNO pasti merancang untuk mengawal
pusat pula. UMNO perlu bertindak cepat sebelum PH perbetulkan kesilapan mereka
dan mula mendapat sokongan semula.
Tapi UMNO tak berani bubarkan parlimen kerana kemarahan rakyat
akan memuncak. Jadi apa yang UMNO buat, usahakan supaya PAS dan PPBM tarik
balik sokongan terhadap Isnail Sabri.
Bila itu berlaku dan parlimen terbubar, maka PAS dan PPBM akan
dijadikan kambing hitam kerana menjadi punca PRU di waktu ini. Sementara UMNO
kekal suci.
Sebab itu kebelakangan ini pemimpin UMNO begitu aktif menyerang
PAS. Kerana itu adalah perangkap yang mereka pasang dalam usaha untuk buat PAS
dan PPBM tarik balik sokongan mereka.
Dan nampaknya PAS dan PPBM sudah mula termakan umpan yang UMNO
hulur.
Tapi jika UMNO tewas dalam PRN ini, aku percaya UMNO akan
melutut semula kepada PAS. Malah mungkin juga akan menyembah PPBM.
Nampaknya permainan UMNO semakin
hebat
. Sudah semakin berstrategi. Manakala PH masih lagi dengan idea
kolot khemah besar.
Dalam situasi sekarang, aku nampak UMNO ada peluang untuk menang
di Johor. Bukan kerana UMNO kuat tapi kerana semakin ramai penyokong PH yang
enggan mengundi.
Dan jika betul UMNO menang, bersedialah kita untuk PRU15.