Aku diberitahu rakyat Kelantan dah lama jelak dengan PAS. Terlalu banyak janji yang dimungkiri. Bekalan air bersih pun payah nak beri.
Tapi pengundi yang tinggal di luar Kelantan yang selalu beri undi kepada PAS dan membuatkan PAS kekal memerintah di Kelantan.
Para pengundi ini tidak merasa kepayahan di perantauan, di negeri yang diperintah musuh PAS seperti Selangor dan Pulau Pinang.
Tapi mereka mahu Kelantan kekal tak tercemar oleh pembangunan selain terus diperintah oleh ulama. Aku sendiri percaya inilah hakikatnya.
Dulu beberapa kali aku tulis. PH kalau nak menang di Kelantan, kena bekerjasama dengan PH di negeri lain seperti Selangor, Pulau Pinang, KL & Johor.
Kena beri kesedaran kepada anak Kelantan yang berada di luar Kelantan akan penderitaan rakyat di negeri itu. Baru boleh ubah landskap politik Kelantan.
Sekadar nak luahkan pendapat. Aku tahu tulisan aku tak sampai ke pimpinan PH. Tapi bila dapat luah di media sosial begini, lega sikit rasanya.