ORANG SABAH PUN TAK MAHU SOKONG, MACAMANA ORANG SEMENANJUNG NAK SOKONG WARISAN ?

 

2 ADUN Sabah, Peter Anthony dan Juil Nuatim keluar Warisan




Peter Anthony bercakap kepada media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu setibanya dari Kuala Lumpur hari ini.

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Peter Anthony meninggalkan Warisan dan bakal menubuhkan parti baharu yang mesra kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Peter yang mengetuai badan bukan kerajaan, Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia berkata, parti baharunya yang berasaskan masyarakat KDM itu akan dilancarkan bulan depan.

Turut bersama Peter hari ini ialah ADUN Limbahau, Juil Nuatim yang mengumumkan keputusannya meninggalkan Warisan.

Peter berkata, beliau meninggalkan Warisan kerana parti itu tersasar daripada landasan sebenar, khasnya dalam memperjuangkan kepentingan orang Sabah.

“Kita mahu memartabatkan orang-orang Sabah, terutama masyarakat KDM yang masih memerlukan bantuan kita.

“Rata-rata pengundi di Sabah mahukan parti tempatan, tetapi Warisan telah pergi (melebarkan sayap) ke Kuala Lumpur dan itu antara sebab mengapa saya keluar daripada Warisan.

“Kita juga harus mengurangkan persengketaan politik dan sama-sama memajukan negeri ini,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu setibanya dari Kuala Lumpur. Beliau disambut kira-kira 100 penyokong.

Sementara itu Juil berkata, beliau belum memutuskan sama ada akan menyertai parti baharu yang ditubuhkan Peter.

“Ya (keluar Warisan) dan saya datang hari ini juga sebagai Timbalan Presiden (KDM Malaysia) untuk memberi sokongan kepada Presiden saya (Peter).

“Mengenai parti baharu, saya belum menyertainya dan akan putuskan kemudian.”

Warisan hanya mempunyai 17 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah susulan pengumuman Peter dan Juil hari ini.

Warisan memenangi 23 kerusi DUN selepas pilihan raya negeri Sabah tahun lalu, namun ADUN Bugaya, Manis Muka Mohd Darah meninggal dunia pada 17 Nov 2020.

Ia disusuli tindakan tiga lagi ADUN, Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik), Yusof Yacob (Sindumin) dan Mohamaddin Ketapi (Segama) yang meninggalkan Warisan.

Hassan dan Mohamaddin kemudiannya menyertai Bersatu, manakala Yusof kekal sebagai ADUN bebas mesra kerajaan sehingga kini.

No comments: