APA MACIAM NAJIB...KAH..KAH..KAH..

 

Faezuddin Puat


Siang malam Najib Razak terpekik di media sosial tegaskan kegagalan Mahiaddin.


Tak cukup dengan itu, 15 orang ahli parlimen UMNO bersungguh-sungguh tarik sokongan hingga tercabut jawatan Perdana Menteri daripada sosok Mahiaddin juga kerana alasan gagal.


Dakwa mereka Mahiaddin gagal kawal covid-19, ramai rakyat mati, ekonomi merudum, pendidikan tak terurus. Senang cerita gagal serba serbilah.


Akhirnya Mahiaddin kembali semula hari ini.


Bukan calang-calang, dilantik Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri.


Kalau UMNO jatuhkan Mahiaddin kerana beliau gagal pulihkan negara, mengapa UMNO lantik semula Mahiaddin sebagai orang yang bertanggungjawab pulihkan semula negara?


Itu satu hal, satu hal lagi, mengapa perlu bazir wang dengan pelantikan ini? 


Apakah Perdana Menteri Ismail Sabri sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negara tak berkeupayaan pulihkan negara sehingga perlu lantik pemimpin yang dijatuhkan dan didakwa gagal oleh partinya UMNO?

No comments: