GARANG BARU LANTIK...TAKUT TERGUGAT KOT...KUASA AGONG JUGA TITAH SURUH ADAKAN PENGESAHAN DALAM DEWAN...LUPA KA BUAT BUAT LUPA..

 

Kuasa mutlak Agong lantik PM, tak perlu undi percaya, kata PAS



PAS berpandangan tiada keperluan membentangkan usul undi percaya pada sidang Parlimen akan datang, kata Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.

PETALING JAYA: Tiada keperluan membentangkan usul undi percaya pada sidang Parlimen yang akan bersidang pada 13 September nanti, kata Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.

Beliau berkata, perkara itu dilihat berasaskan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan kuasa melantik perdana menteri di bawah Yang di-Pertuan Agong.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata, perkara itu juga jelas mengikut pandangan pakar undang-undang.

“Apabila kuasa melantik perdana menteri merupakan bidang kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong maka sepatutnya tak perlu ada undi percaya. Pendirian saya sepatutnya begitu,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Semalam, Peguam Negara Idrus Harun berkata, pelantikan perdana menteri baharu tidak memerlukan keabsahan oleh mana-mana pihak selain daripada Yang di-Pertuan Agong.

Idrus berkata, sekiranya pelantikan perdana menteri yang baharu masih memerlukan keabsahan oleh mana-mana pihak selain daripada baginda, ini bermakna kuasa mutlak Agong boleh diatasi oleh pihak lain.

Pada 18 Ogos lalu, Agong bertitah perdana menteri yang dilantik menerusi surat akuan ahli Dewan Rakyat hendaklah “secepat mungkin” mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat.

Istana Negara dalam kenyataan pada tarikh itu berkata langkah itu bertujuan mengabsahkan individu berkenaan mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-14 yang dipinda ke tarikh 13 September hingga 12 Oktober depan selama 17 hari memperlihatkan usul undi percaya terhadap perdana menteri tiada dalam aturan persidangan.

No comments: