Buka sekolah elok ditunda ke Januari tahun depan ! .. kata Tok Mat Bomoh.



Tok Mat Bomoh tak setuju sesi persekolahan mula dibuka pada 3 Oktober ini. Ada banyak sebab yg dia tidak setuju.


Mengikut ramalan dan projection Tok Mat Bomoh (TMB), masalah gejala COVID di ketika itu masih lagi pada paras ganas dan bukannya kendur. Jadi, apa pasal mencari pasal memperjudikan nasib murid2 dan para pelajar mempertaruhkan nyawa dan kesihatan mereka yg rata2 umur masing2 di level itu sangatlah terdedah dan vulnerable kpd ancaman COVD-19.


Lagipun kerajaan maupun kementerian pendidikan masih lagi tidak bersungguh2 dlm menyediakan perancangan2 yg sebaik mungkin sebagai satu langkah 'contingency' utk menyelamatkan ratusan ribu penuntut2 sekolah.


Setidak2nya kerajaan atau kementerian seharusnya bersiap siaga dgn ratusan ribu pil2 haiwan sebagai pre-emptive measures sebelum terjadinya tsunami COVID ke atas murid dan pelajar2 sekolah.


Walaupun ubat pil haiwan itu terus menerus cuba dinafikan oleh pihak berkuasa .. tetapi kehadiran ubat ivermectin itu sangat2 diperlukan sebagai langkah mandatori utk persediaan awal menyelamatkan keadaan sekiranya ratusan ribu pelajar sekolah terus menerus terancam oleh virus2 COVID dari pelbagai varian. Ada ke kita mempunyai ubat alternatif yg lain?


Ini pendapat Tok Mat Bomoh. Dia bukan seorang bomoh, tapi orang yg saja2 gelarkan dia Tok Mat Bomoh. Dia sebenarnya adalah seorang pesara tentera. Itu je .. yg nak dikobakan .. Amacam?