PETAI...PETAI...PETAI...10 -5 HINGGIT SAJA...IDEA NAK JAGA DAN AMBIK TAHU PESAKIT COVID KELAUT

 Saat dikecam teruk, menantu Hadi promosi petai


Saat dikecam teruk, menantu Hadi promosi petai

PETAI – Sumber ‘MAKANAN ANTIBIOTIK’ Semulajadi

Petai adalah biasa digunakan oleh masyarakat Orang Asli di Malaysia untuk ‘merawat’ masalah jangkitan kuman pada saluran kencing

Kajian juga menunjukkan petai boleh merencatkan pertumbuhan bakteria berbahaya setara dengan antibiotik

Bahan antibakteria dalam petai dikenali sebagai polisulfida

Walau bagaimanapun, kandungan potasium dalam petai agak tinggi, justeru pesakit buah pinggang perlu hadkan penggambilannya

Terdapat kajian menunjukkan petai boleh bertindak sebagai antidiabetis, antikanser, antiradang dan boleh bantu turunkan kolesterol (disebabkan kehadiran bahan faitosterol)

Bahan berkhasiat faitosterol ini banyak dalam kulit petai, justeru, petai seeloknya dimakan bersama kulitnya

Polisulfida (bahan sulfur) juga merupakan bahan berbau dalam petai.

Untuk kurangkan air kencing berbau, minumlah susu segar selepas makan petai

Petai juga elok direbus dahulu sebelum dimakan untuk kurangkan baunya

Memakan petai pada kuantiti yang banyak sebaliknya boleh menyebabkan kembung perut
Ia juga boleh sebabkan panas badan disebabkan oleh kandungan sulfur

Oleh :
Dr Suri Roowi,
Ph.D (Glasgow), KMN Principal Scientist

Antara khasiat petai :

1. Membantu Diet
Serat juga menambahkan rasa kenyang, mengurangkan kolesterol LDL (buruk), dan memperlahankan pelepasan gula daripada makanan ke dalam darah.

Apa yang lebih penting, serat larut dapat mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit jantung, Diabetes Type 2, dan obesiti.

2. Tinggi Kalium
Setengah cawan petai sarat dengan 224mg kalium (potassium).

Komponen ini memainkan peranan mengawal keseimbangan air badan untuk dan fungsi jantung.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) potassium amat penting bagi kesihatan jantung.

5. Tinggi Kandungan vitamin C
Jangan ingat vitamin C hanya ada dalam buah oren tau.

Tahukah anda, terdapat 20mg vitamin C dalam setengah cawan petai cukup untuk memenuhi kira-kira separuh daripada keperluan vitamin harian kita.

Seperti yang kita sedia maklum, vitamin C ini penting bagi pertumbuhan dan pembaikan tisu di semua bahagian tubuh kita.


No comments: