Beliau berkata, ia mengajar erti pengorbanan tatkala mendepani
pelbagai cabaran dalam kehidupan.
"Pada hari yang cukup penting lagi dipenuhi sejarah ini,
seluruh umat Islam bertakbir, bertasbih, bertahmid, dan turut beringat-ingat
tentang kisah yang menjadi teladan buat kita semua: bagaimana Nabi Ismail telah
dengan rela hati meminta ayahandanya Nabi Ibrahim mengikuti perintah Allah agar
dia dikorbankan.
"Semoga segala usaha dan pengorbanan kita, para petugas
barisan hadapan dalam mendepani waktu mencabar ini dikurniakan sebaik-baik
ganjaran.
"Marilah kita bersama-sama berdoa agar kita semua sentiasa
dibawah rahmatNya, dijauhi dari wabak dan penyakit berbahaya, diangkat wabak
Covid-19 ini serta diberi keberkatan dan keredhaannya jua," katanya.