Lelaki ini kata ulamak bukan maksum, perlu ditegur

 

Lelaki ini kata ulamak bukan maksum, perlu ditegur


Di Malaysia ni di antara masalah paling besarnya ialah pembodohan agama oleh ulama atau tok guru. Agama yang difahamkan dan difahami secara bodoh dan buta tuli.

Kononnya cakap ulama atau tok guru atau orang2 parti Islam mesti betul.

Logiknya mudah, awak siapa? Dia tok guru banyak ibadat qiyamullail tak tinggal! Ikut sajalah ulama kalau nak masuk syurga. Nanti mati siapa nak uruskan jenazah kalau bukan ulama?

Maka apa saja yang tersembur dari mulut ulama atau tok guru dipercayai walaun pun bercanggah dengan fakta, umpama malam dikata siang, atau putih dikata hitam.

Lebih teruk lagi, entah siapa2 dan entah dari mana lulusan pengajian agamanya, seseorang yang menyertai parti Islam dengan penampilan pakai jubah atau ketayap putih terus mahu dianggap ulama!

Saya ingin ucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang semakin berani membetulkan kesalahan para ulama dan tok guru. Yang salah itu rakyat mesti berani kata salah, jangan kata ia betul kerana yang mengucapkannya ulama atau tok guru. Lebih-lebih lagi apabila ulama itu bercakap di luar bidang atau pengetahuannya.

Tahniah rakyat Malaysia. Saya akan terus support dan beri keyakinan bahawa anda tidak berdosa kerana mengatakan kesalahan ulama atau tokoh parti ulama itu adalah kesalahan.

Orang awam mesti diajar menghormati ulama? Ye betul. Menghormati ulama yang jujur dan berintegriti memang wajib. Tapi membetulkan ulama yg salah ajaran (bukan tersilap ijtihad) tidak membawa maksud tak menghormati ulama. Kerana kita sayang kedudukan ulama lah kita betulkan kesilapan mereka.

Ulama adalah manusia biasa, bukan nabi yang terpelihara daripada kesalahan. Tanpa keberanian anda menyanggah, ulama atau tok guru itu akan pergi semakin jauh membawa ajaran merepek dan mengarut.

#MasalahHadiAwang
#MasalahPAS

Sumber: https://www.facebook.com/100000071166710/posts/5077387678940221/?d=n

No comments: