Fahmi mahu bahas isu suntik vaksin kosong ke Parlimen

 MGF20032021_FAHMI-BANTUAN-SEKOLAH07

MEMANG WUJUD- SEBAB TU RAKYAT CAKAP KERAJAAN PNIPU .......

May be an image of 1 person and text that says "BERITA Adhamiatafacebook Dr Adham: Penerima vaksin kosong dapat suntikan baru"


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil akan membawa isu dakwaan petugas kesihatan menyuntik vaksin kosong ke Parlimen.

“Orang yang bagi vaksin kosong adalah pengkhianat negara. Orang yang jual slot vaksin juga adalah pengkhianat negara.

“Pengkhianat negara dalam “perang lawan Covid-19” mesti dihukum dan perkara ini mesti dibahas di Parlimen pada sidang 26 Julai ini,” ciap Pengarah Komunikasi PKR itu semalam.

Baru-baru ini video dan gambar beberapa penerima vaksin dikatakan menerima suntikan kosong tular di media sosial sehingga menyebabkan ramai mempertikaikan kejadian sedemikian.- MalaysiaGazette


No comments: