SARAN ADA TATAKELOLA YANG BAIK PUN DAH MACAM GENGGAM BARA API

 ZUS DIN

Suruh ada tatakelola yang baik aje pun dah macam menggenggam bara api, kalau macam ini lambat lagilah Malaysia hendak jadi negara yang maju. Kalau benda yang melibatkan duit awam kena ada prejudis, tak boleh auto husnuzon; jika tidak jadilah macam kes Tabung Memali atau Kohilal yang tak pernah di audit.

 

ZAED ZULKIFLI

 

Sisi gelap NGO

Kalau ikut beberapa feedback dari law enforcement agency (LEA) samada PDRM, LHDN, BNM; banyak sisi gelap NGO.

NGO jadi satu platform pendapatan, platform untuk cuci duit (money laundering), untuk elak cukai (tax evasion), untuk pembiayaan aktiviti terrorisma (terrorism financing).

Kena ada satu guideline dan pemantauan rapi terhadap NGO yg kutip duit, ada tadbir urus yang

mantap

, ada audit dari sudut sumber kewangan, audit perbelanjaan.

Pihak berkuasa tahu ada NGO yg bermasalah tapi nak amik tindakan payah sebab melibatkan public interest yang akan ada campur tangan pihak2 tertentu.

imagine kalau LEA buat siasatan terhadap individu tertentu yg nama besar dalam NGO samada socmed influencer, artis, politicians; maka melenting lah orang ramai dalam dunia warga net. Kenapa nak siasat? Takde kerja lain ke? Berapa banyak kau derma? Orang susah takde orang bantu? Pihak zakat tak buat kerja duduk mengangkang kat opis? Pihak zakat tak turun padang? “Nasib baik ada individu si polan si polan bagi bantuan, nak harap kat korang, haram kebulur.”

Semasa kes ISIS, ISIL panas, memang ada aktiviti pembiayaan pengganas yang menggunakan platform NGO untuk kutip derma. Mungkin kita sebagai penderma sangka baik kepada pihak yang menguruskan. Tapi kalau takde kawalan dan audit, who knows where the money goes.

Mungkin selepas ini KYC terhadap individu2 tertentu bukan PEP sahaja, tetapi melibatkan public figure, socmed influencer dsb.

Rakyat malaysia yg dermawan, bekas kerajaan yang memerintah boleh buat tabung harapan yang jumlah kutipan rm200 juta. Yg ni sib baik ada audit.

Imagine kalau simpatisan terhadap individu tertentu yg ada jutaan follower. Kalau average follower derma rm10 sahaja sebulan, 10 juta sebulan, setahun 120 juta. Peruntukan undang2 membolehkan NGO guna 30% untuk kos pentadbiran dsb. Untuk secara terus menerus orang menderma, kena ada satu modus operandi.

Aku rasa sudah tiba masanya LEA melihat area ini tanpa perlu rasa takut kecaman orang ramai. Kes2 yg tidak diaudit, tidak comply etc; bukan satu dua tapi banyak. Sebab tu ada org boleh buat full time kerja2 NGO lebih mewah dari manager kat petronas. Rakyat malaysia memang dermawan.

Ini bukan tulisan aku yang pertama pasal ni, malah zaman forensic accounting lagi. Tapi aku tak nafikanlah ada NGO yg memang bagus. Yg bagus, yang telus tu lah yang kita war war kan.