ZAFRUL NI TARAK LAYAN LA....SAYANGI BANK DARI RAKYAT....KAH.....

 

Putrajaya digesa arah bank beri moratorium automatik kepada B40, M40



Sekumpulan 28 NGO Islam dan badan berkaitan berkata, moratorium itu amat diperlukan kerana kerajaan tidak mampu memberi bantuan tunai setimpal dengan kerugian yang ditanggung rakyat sepanjang PKP penuh.

PETALING JAYA: Sekumpulan 28 NGO Islam dan badan berkaitan menggesa kerajaan mengarahkan bank memberikan moratorium pinjaman automatik selama enam bulan kepada golongan B40 dan M40 susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh.

Penyelaras kumpulan Ahmad Yazid Othman berkarta, moratorium automatik itu amat diperlukan kerana kerajaan tidak mampu memberi bantuan tunai setimpal dengan kerugian yang ditanggung rakyat sepanjang PKP penuh.

“Moratorium automatik ini mampu menghindari mereka terjebak dengan hutang ‘ah long’.

“Kami menyeru kerajaan menggunakan segala kuasa yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Ordinan Darurat bagi menangani krisis ekonomi dan kesihatan ini dengan berkesan.

“Rakyat memberikan kepercayaan kepada kepimpinan kerajaan untuk melaksanakan amanah tersebut demi kepentingan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kumpulan itu melancarkan satu petisyen menerusi change.org dan menerima lebih 10,000 tandatangan.

Minggu lalu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz berkata, pemberian moratorium pinjaman secara menyeluruh bermakna kerajaan perlu memberi ganti rugi kepada bank untuk langkah yang mungkin tidak diperlukan sejak awal.

Katanya, pemberian moratorium menyeluruh tidak wajar dari segi kewangan, “terutamanya dalam situasi sumber terhad untuk perang yang berpotensi berlarutan terhadap musuh yang boleh bermutasi tanpa memberi amaran”.

“Saya lebih suka memindahkan sumber tersebut dalam bentuk bantuan atau subsidi kepada rakyat dan segmen perniagaan yang amat memerlukan.”

No comments: