Panas! Cuepacs tempelak JPA, kenapa nak ambil duit orang mati?kata kerajaan Melayu Isle....

 


Panas! Cuepacs tempelak JPA, kenapa nak ambil duit orang mati?

Tindakan kerajaan ‘memotong’ sebahagian elaun kakitangan awam untuk disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana, sekali pun mereka meninggal dunia pada tempoh tertentu bulan depan mengejutkan CUEPACS.

Menurut pekeliling JPA yang dilihat FMT menyebut, “bagi pegawai yang meninggal dunia pada 1 Julai 2021, pegawai (berkenaan) akan terlibat dalam pelaksanaan sumbangan ini kerana pegawai masih lagi berada dalam perkhidmatan” pada tarikh itu.

Pekeliling itu juga menyebut sekiranya seseorang pegawai meninggal dunia pada 15 Julai, elaunnya juga akan dipotong untuk disumbangkan kepada tabung berkenaan kerana beliau dianggap masih dalam perkhidmatan pada 1 Julai.


Setiausaha Agung CUEPACS, Abdul Rahman Mohd Nordin mempersoalkan keperluan JPA menggubal peraturan khusus untuk kakitangan awam yang meninggal dunia.“Namun kadar sumbangan perlu dikira secara berkadaran, mengikut pengiraan emolumen pada bulan tersebut,” mengikut pekeliling berkenaan di bahagian “soalan lazim pelaksanaan sumbangan melalui pengurangan elaun dalam mendepani pandemik Covid-19”.

“Walaupun kita berharap semua kakitangan awam selamat dan tiada keperluan peraturan ini digunakan, CUEPACS tetap membantah keperluannya kerana ia mencerminkan seolah-olah JPA tidak prihatin.

“Apabila seseorang meninggal dunia, ahli keluarga tentunya dalam kesedihan. Jadi, untuk menafikan mereka sebahagian pendapatan orang yang sudah tiada, adalah sedikit kejam.

“Kenapa (JPA) mahu ambil duit orang yang sudah meninggal dunia? Adalah lebih baik kerajaan membatalkan klausa ini, “ kata beliau.

Rahman berkata, CUEPACS tidak dihubungi oleh JPA dalam merangka syarat pemotongan elaun kakitangan awam untuk disumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana.

Pada 1 Jun lalu, Ketua Setiausaha Negara, Zuki Ali mengumumkan penjawat awam bagi Gred 29 hingga Gred 56 akan menyerahkan sebahagian elaun mereka selama tiga bulan kepada Akaun Amanah Bencana.

Menurut beliau, sumbangan itu adalah “manifestasi solidariti” kepada tindakan menteri dan timbalan menteri tidak mengambil gaji bagi tempoh sama dalam memerangi pandemik Covid-19.

Zuki berkata, elaun terbabit adalah Imbuhan Tetap Kerajaan (ITK) bagi pengurusan tertinggi Gred 44 hingga Gred 56 dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) bagi Gred 29 hingga Gred 4.

Beliau berkata, sumbangan lebih 800,000 penjawat awam itu dianggarkan berjumlah RM30 juta.

Katanya, bagi kumpulan JUSA A dan ke atas, kadar sumbangan adalah 50%, manakala bagi JUSA B (20%) dan JUSA C (10%), sementara Gred 44 hingga Gred 56, kadar sumbangan elaun adalah 5% membabitkan elaun ITK.

Bagi Gred 29 hingga 41, kadar sumbangan elaun ITKA adalah RM10.

No comments: