“TOLAK PEMIMPIN UMNO YANG BERSUBAHAT DENGAN KERAJAAN DERHAKA TITAH RAJA”


 UMNO ditubuh pada tahun 1946 untuk lawan Malayan Union dan mempertahankan Raja-Raja Melayu serta kebebasan bangsa Melayu dan tanah air.

Antara dua daripada enam tunjang dan tujuan utama UMNO seperti termaktub dalam Fasal 3 perlembagaan UMNO ialah:

Fasal 3.2: Mendukung dan mempertahankan Raja Perlembagaan.


Fasal 3.4: Mempertahankan sistem demokrasi berparlimen.

Inilah asas dan tujuan UMNO wujud.

Maka ianya wajib bagi semua pemimpin dan ahli UMNO untuk bersuara pada saat titah Raja-Raja untuk menjaga kepentingan Rakyat yang sedang amat sengsara secara berpanjangan, diperlekehkan oleh pihak tertentu dan sistem demokrasi berparlimen telah diancam.

Yang masih membisu atau sudah bersekongkol dengan mereka yang derhaka pada Titah Raja-Raja dan sistem berparlimen demi kepentingan jawatan sendiri mungkin sudah tak minat lagi dengan perjuangan UMNO.

Maka mereka tidak patut dicalon lagi pada PRU akan datang.

Dan sekiranya mereka bertanding dalam pemilihan parti, semua ahli UMNO wajib tolak.

Sebab mereka tidak lagi berpaksikan tunjang perjuangan UMNO.

NAJIB RAZAK

Bekas Perdana Menteri.

No comments: