Maszlee jelaskan teka- tekinya bersama PKR

 


Terkini! Maszlee jelaskan teka- tekinya bersama PKR

Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik hari ini menjelaskan beliau bersama Pakatan Harapan biarpun masih berstatus Ahli Parlimen Bebas.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, beliau telah diminta oleh Pakatan Harapan untuk menjadi pengerusi Jawatankuasa Pendidikan di bawah pakatan itu, walaupun dengan status tersebut.

Maszlee memberi penjelasan berkenaan selepas tular gambar beliau menyertai sesi perbincangan antara Ahli-ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui sidang video, pada malam Isnin.

“Saya bersama PH… Saya telah diminta oleh PH untuk menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan PH walaupun saya Ahli Parlimen Bebas. (Dan) Keadilan dalam PH,” katanya kepada Astro AWANI hari ini.

Pada Isnin, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh memuat naik tangkap layar yang menunjukkan sesi perbincangan antara beberapa Ahli Parlimen PKR mengenai isu-isu berkaitan.

“Kami Ahli-Ahli Parlimen Keadilan terus bekerja walaupun Parlimen tidak dibuka dan kami berjumpa secara maya sahaja dari kawasan masing-masing.

“Tajuk hari ini berkenaan isu pendidikan dan juga Ordinan Darurat – selain dari bincang tentang masalah, kami juga berbincang cadangan serta dasar yang perlu diambil untuk atasi keadaan dan permasalahan semasa. Apa yang menteri patut buat tapi tak buat… ada juga cadangan yang akan di ketengahkan.

“Walaupun menteri buat-buat tak dengar, itu tidak menghilangkan iltizam kami untuk terus menyumbang…seperti dalam Parlimen lah kan,” kata Fuziah yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika pentadbiran PH.

No comments: