Perpecahan Umno kepada 3 ‘puak’ makin nyata, kata penganalisis

 

Padan muka Umno kerana memiliki penyokong yang bodo piang. Akhirnya Umno akan hancur menjadi parti yang akan melutut ditepi gantang. Punca utamanya Mahathir sejak 25 tahun dahulu . Ahli umno yang bodo dilantik menjadi ketua bahagian hanya kerana dia kaya raya dan tidak cerdik dalam akademik Kalau cersik pun setakat Khairy Jamaluddin .Bekas jaga pintu Pak Lah  Lain laian hangguk saja kerjanya dan salahkan cina DAP. Itu diketika Umno dah tak berkuasa, ahli umno fikir setakat itu sahaja.Kahkah..kah..apa  punya bodo...

elok la berkawan dengan walaun...lebih kurang ja piangnya.....


Seorang penganalisis politik berkata, Umno mungkin akan berdepan kekalahan sekali lagi dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya kepimpinan parti itu tidak diubah. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Perpecahan dalam Umno kepada tiga “puak” semakin jelas dan tidak lagi dapat dinafikan, kata penganalisis politik.

Ini susulan pendedahan Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz bahawa beliau sendiri berusaha mengumpulkan surat akuan bersumpah (SD) Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak yakin dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, malah memberi mandat kepada Hishammuddin Hussein untuk menjadi jurucakap jika dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia, Ahmad Atory Hussain berkata, tiga kumpulan yang berpecah itu membabitkan kluster mahkamah, puak penyokong Hishammuddin bersama 16 Ahli Parlimen dan kelompok yang menyokong penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih popular dengan panggilan Ku Li.

Tambahnya, gerakan mengumpul SD oleh Nazri juga adalah sebagai satu tekanan terbuka kepada Zahid supaya berundur daripada jawatannya dalam parti.

“Tindakan Nazri itu dianggap wajar kerana yang salah adalah Zahid sendiri yang melakukan tindakan menulis surat menyokong Anwar sebagai perdana menteri tanpa berunding dengan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.

“Beliau buat kerja secara berahsia walaupun menafikan dirinya terlibat,” katanya kepada FMT.

Tambahnya, tindakan Zahid menyokong Anwar itu turut dibantah oleh Ku Li yang menyarankan tindakan disiplin diambil terhadapnya.

“Lembaga disiplin tidak sepatutnya amalkan layanan dua darjat seperti dalam filem ‘Musang Berjanggut’ kerana ahli dan MKT Umno tentu marah dengan perbuatan Zahid,” kata Atory.

Gerakan dibuat Nazri itu tambahnya, juga adalah usaha menafikan percubaan mengangkat Anwar sebagai perdana menteri.

“Tindakan Nazri ini sebaliknya menyelamatkan hayat politik Muhyiddin Yassin sebagai PM buat sementara waktu sehingga beliau memohon Agong bubarkan Parlimen,” katanya.

Salawati Mat Basir dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula berpendapat, tekanan terbaru ke atas Zahid itu menampakkan dengan ketara bahawa beliau tidak lagi relevan untuk menerajui Umno apabila satu persatu isu timbul.

“Sepatutnya Zahid berundur dengan cara baik sebab beliau tidak lagi relevan untuk pimpin Umno, tapi ‘puak-puak lama’ masih lagi mempertahankan beliau atas sebab tertentu.

“Kalau tidak diubah kepimpinan dalam Umno, PRU (pilihan raya umum) nanti Umno mungkin akan berdepan sekali lagi kekalahan,” kata Salawati.

Sementara itu bekas ahli akademik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Azmi Hassan pula berkata, tindakan Nazri mengangkat Hishammuddin agak lemah berbanding usaha Zahid menyokong Anwar kerana Hishammuddin tidak mempunyai sokongan padu dalam parti.

Beliau turut mengakui berlakunya perpecahan dalam Umno untuk menentang Zahid.

“Tapi bagi saya, salah satunya kemungkinan kenapa berlaku perpecahan adalah kerana kepimpinan Zahid sendiri dikatakan agak goyah.

“Keprihatinan atau ketegasan Zahid itu ditagih sebenarnya, sebab itu ramai yang berani menongkah arus secara terang-terangan untuk melawan beliau,” katanya.

Azmi melihat tindakan Zahid memilih bekerjasama dengan Anwar lebih merupakan strategi politik kerana presiden PKR itu lebih popular berbanding pemimpin lain.

“Cuma (apabila) ia dilakukan di sebalik tabir, masalahnya kerana mereka tahu sensitiviti ahli Umno. Penyokong Umno kuat menolak Anwar, ini menyebabkan usaha kerjasama itu tidak boleh dilakukan secara terbuka.

“Bagaimanapun sama ada strategi Zahid-Anwar ini berjaya atau tidak, bergantung kepada bagaimana mereka melalui rintangan ini,” katanya.

Dalam pada itu, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Azizuddin Mohd Sani tidak melihat ahli Umno begitu mudah menghukum Zahid walaupun pelbagai tekanan diberikan.

“Saya tidak nampak ahli-ahli Umno nak hukum presiden, status quo kekal,” katanya.

Sebelum ini, Nazri mendakwa 25 Ahli Parlimen BN tidak yakin dengan ketelusan Zahid untuk menjadi wakil mereka ketika menghadap Agong.

Ini kerana mereka kecewa dengan tindakan Zahid yang dikatakan mengemukakan surat sokongan Ahli Parlimen Umno kepada Anwar sebagai perdana menteri baharu sewaktu menghadap Agong pada September tahun lalu, katanya, menurut laporan Sinar Harian.

Nazri berkata, tindakan Zahid sebelum ini menimbulkan curiga mereka dan khuatir beliau (Zahid) akan mengulanginya.

“Berikutan itu kami bersetuju memberi mandat kepada Hishammuddin untuk menjadi jurucakap Ahli Parlimen BN bagi memberi penegasan sebenar bahawa kami tidak pernah dan tidak akan menyokong Anwar sebagai perdana menteri,” tambahnya.

Nazri menafikan SD itu bertujuan untuk menjatuhkan Muhyiddin Yassin atau menukar kerajaan.

No comments: