Panas! Peguam ini tempelak menteri Pas, masih berkeras ke tak mahu segerakan sidang Parlimen?

 


Panas! Peguam ini tempelak menteri Pas, masih berkeras ke tak mahu segerakan sidang Parlimen?

DS Takiyuddin mesti faham bahawa dalam negara Raja Berperlembagaan, bukan fungsi YDPA untuk menitahkan secara spesifik hari apa dan bulan berapa Parlimen perlu bersidang.

Namun, sebagai payung rakyat, Seri Paduka Baginda YDPA berhak di bawah Perlembagaan untuk memberi nasihat kepada Kerajaan dalam perkara yang berkait dengan kepentingan rakyat.

Dalam Titah Seri Paduka Baginda YDPA sebentar tadi, Seri Paduka Baginda telah menzahirkan harapan dan pandangan agar Parlimen bersidang dengan segera.

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, DS Takiyuddin seharusnya mengambil perhatian serius terhadap nasihat yang dizahirkan oleh Seri Paduka Baginda itu, apatah lagi ia merupakan nasihat kedua Seri Paduka Baginda kepada Kerajaan agar Parlimen segera bersidang.

Tambahan pula, nasihat tersebut dizahirkan setelah Seri Paduka Baginda YDPA mengambil kira pandangan daripada Raja-Raja Melayu, para pemimpin parti politik, JK Bebas Darurat 2021 serta taklimat para pakar dari agensi-agensi Kerajaan.

Malangnya, Kerajaan PN masih lagi mahu memberi bermacam-macam alasan untuk tidak mengadakan sidang Parlimen dengan segera dan seperti melepaskan kesalahan kepada Seri Paduka Baginda YDPA pula kerana tidak menetapkan bulan berapa Parlimen perlu bersidang.

Bagi saya, alasan yang diberikan oleh DS Takiyuddin terhadap titah Seri Paduka Baginda YDPA itu amatlah tidak wajar seolah-olah beliau tidak faham fungsi Seri Paduka Baginda YDPA dan maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh Seri Paduka Baginda itu.

Kalau DS Takiyuddin beranggapan bahawa mengadakan sidang Parlimen pada bulan September ini masih dianggap “segera”, maka benarlah Kerajaan PN ini kerajaan tidak efisyen dan tidak efektif.

Jika PN benar-benar ikhlas mahu menangani Covid-19, membantu rakyat dan memulihkan semula ekonomi negara, janganlah beralasan lagi. Segerakan sidang Parlimen.

Rakyat sentiasa menyokong dan selari dengan titah Seri Paduka Baginda YDPA sebentar tadi. Daulat Tuanku !

#kitajagakita

No comments: