MUJURLAH MENTERI PH TAK MACAM INI.JIKA TIDAK HABISLAH DISERANG DAN DICOP DERHAKA.

 


Menteri degil! Tafsir titah Agong ikut suka hati

Menteri degil! Tafsir titah Agong ikut suka hati

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan tempoh persidangan Parlimen yang dicadangkan pada September atau Oktober, selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Perkataan digunakan dalam kenyataan Yang di-Pertuan Agong adalah ‘persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin’. Yang di-Pertuan Agong tidak menitahkan supaya persidangan Parlimen perlu diadakan pada bulan tertentu.

“Perdana Menteri kata pun bulan September atau Oktober (Parlimen boleh berlangsung). Sekarang kita sudah hampir penghujung Jun. Selepas ini Julai, Ogos, September… sudah hampir.

“Pasti persidangan (Parlimen) akan diadakan,” katanya dalam program Bicara Harakah bertajuk ‘Proklamasi Darurat: Berjaya atau Sebaliknya’ yang disiarkan secara maya, hari ini.

Mengulas lanjut, Takiyuddin selaku menteri bertanggungjawab terhadap Parlimen dan undang-undang berkata, ketika ini semua Ahli Parlimen perlu memberi tumpuan kepada saranan Seri Paduka Baginda yang mahu Parlimen berperanan sebagai platform penting untuk wakil rakyat membincangkan pelbagai isu, khususnya berkaitan Covid-19.

“Yang di-Pertuan Agong titah bincang isu Covid-19, jadi kita fokus tentang Covid-19. Kerajaan bersedia terima pandangan dan saranan daripada pembangkang sekali pun.

“Tuanku tak titah (untuk bincang) perkara lain. Jangan nanti bila sampai Parlimen… macam biasa, kita tahu,” katanya dipercayai merujuk kepada usaha pihak tertentu untuk melaksanakan undi tidak percaya terhadap kerajaan di Dewan Rakyat.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibahaskan ahli Dewan Rakyat.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelan berkenaan yang menjelaskan Parlimen boleh bersidang pada fasa ketiga pelan terbabit dijangka pada September atau Oktober.

Sumber: https://www.hmetro.com.my

No comments: