KM PENANG ..JANGAN PEDULI MB SELUT NI.JANGAN JUGA BAGI APA APA CADANGAN DAN JANGAN JUGA LAIN KALI BANTU APA PUN.

 

Panas! Sanusi bagi last warning pada Pulau Pinang, jangan suka-suka campur tangan urusan Kedah

Panas! Sanusi bagi last warning pada Pulau Pinang, jangan suka-suka campur tangan urusan Kedah

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memberi amaran terakhir kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk tidak mencampuri urusan negeri itu khususnya berkaitan kawasan tadahan air di Ulu Muda.

Menurut beliau, kerajaan negeri membantah sekeras-kerasnya cadangan penubuhan Lembaga Lembangan Ulu Muda (LLUM) oleh Pulau Pinang bagi menguruskan sumber air Sungai Muda.

Tegas beliau, perkara itu dianggap telah melanggar kedaulatan negeri Kedah, yang mempunyai wilayah yang ditadbir Sultan dan kerajaan serta berpegang kepada Undang-Undang Tubuh Negeri.

Jelasnya, cadangan penubuhan LLUM oleh PBAPP yang dikatakan bertujuan untuk mengawal Sungai Muda sehingga ke kawasan hulu termasuk di Empangan Muda, Pedu dan Ahning, dilihat tidak selari dengan cadangan penubuhan Lembaga Lembangan Sungai Muda (LLSM) oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

Tegas Sanusi, kekerapan negeri jiran itu dalam menyentuh dan ‘berminat’ untuk bercakap mengenai kawasan Ulu Muda adalah bukti bahawa negeri itu bergantung kepada sumber air Kedah.

“Pulau Pinang melalui kenyataan PBAPP mencadangkan Rancangan Lembangan Ulu Muda yang dia nak ambil kira sampai ke hulu sampai ke kawasan (yang berada di bawah wilayah) negeri Kedah,


“Saya ingin nasihatkan PBA (Pulau Pinang) untuk tidak mencampuri urusan dalaman negeri Kedah, (Kedah adalah) sebuah negeri berdaulat ada kerajaan, ada rakyat, ada sultan, ada menteri besar, ada exco ada wilayah berdaulat ada undang-undang tubuh kita, jadi jangan suka suka campur tangan dalam Wilayah Kedah, Ulu Muda adalah Wilayah Kedah,” tegas Menteri Besar itu lagi.

Sanusi berkata demikian ketika sidang media selepas Mesyuarat Mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman, di sini pada Rabu.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengumumkan, dua daripada 14 projek Projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di Sungai Muda sudah diluluskan pembinaannya dengan salah satu daripadanya sedang dibina di Kampung Ekor Kucing, Pantai Perai.

Pada Isnin, Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk Jaseni Maidinsa berkata, pihaknya menyokong cadangan KASA untuk menubuhkan LLSM.

Penubuhan lembaga berkenaan, kata beliau, dilihat akan menyelesaikan pertelingkahan antara Kedah dan Pulau Pinang ke atas Sungai Muda seperti dinyatakan Ketua Setiausaha KASA, Datuk Seri Zaini Ujang.

Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat perbezaan dari segi konsep membabitkan penubuhan LLUM dan LLSM yang mana cadangan yang dibuat KASA itu hanya terbatas kepada melindungi lembangan Sungai Muda.

Sebaliknya, LLUM akan berperanan untuk melindungi tadahan air di Empangan Muda, Pedu dan Ahning. 



No comments: