Siapa nak beri makan kalau keluar ke jalan Allah


May be an image of 3 people, people sitting and people standing




NORMAN RADUAN


JAUHI DIRI KITA DARI ISTIDRAJ

Ada artis popular beritahu kalau dia keluar 44 hari siapa nak beri anak bini dia makan? Beritahu dia yang selama hari ini beri makan dia dan anak anaknya adalah Allah. Kita sekadar berusaha tapi yang tentukan rezeki itu tetap Allah. Keluar ke jalan Allah, pasti Allah bantu kita... itu janji Allah. Tak mahu keluar buat usaha dakwah tak mengapa tapi jangan persendakan bab rezeki ni.

Cuma bila kita tak tahu... jgn mudah membuat andaian. 50 tahun lamanya.. org tuduh Tabligh jamaah tinggal bini ( anak bini kelaparan ). Macam dalam politik DS Anwar atu DAP itu dituduh jahat, berhaluan komumis dan macam-macam lagi sb bangsa Melayu mudah termakan persepsi tanpa mahu mengenali persepsi itu.

Salah tu sebab tertib nak keluar berdakwah dlm jamaah Tabligh itu byk SOPnya. Niat berapa hari atau bulan ? Berapa bajet? Jika bajet sedikit layak ke kawasan berdekatan dan tempoh hanya 3 hari sahaja walaupun azam 40 hari... kalau byk boleh lah ke luar negeri atau negara. Sebab bajet yg dimaklumkan separuh hendaklah utk keluarga di rumah.

Tapi kalau kita mencari keburukkan jamaah ini kita akn jumpa sepertimana organisasi2 lain yg ada tapi jika kita mencari kebaikkan kita akn jumpa kebaikkan tersebut.

Ramai suami2 kita yg terpaksa out station berminggu, berbulan dan bertahun lamanya. Tidak menjadi isu. Pesan saya jgn kita kata persoal rezeki ini seolah olah di tangan kita. Apatah jika individu itu saving beratus ribu masih bimbang keperluan anak bininya.

Mcm saya tinggalkan anak bini sebulan dan dulu dua bulan utk tujuan politik. Tak ada org pertikaikan? Sebab itu hati kita kena bersih dgn Tuhan. Kena yakin sungguh dgn Allah. Apa salahnya sekali sekala keluar utk agama apatah lagi jika keperluan isi rumah semua cukup. Laki kahwin lagi tak beri takkan laki keluar jalan Allah pun tak beri.. jgn la begitu. Lagipun tak pula kita pertikaikan org tua2 kata sayangkan bini tinggal tinggalkanDescription: 😀

Jauhilah diri kita dari istidraj. Apa itu istidraj? Ia adalah kurniaan yg ALLAH swt berikan tanpa putus kpd seseorang walaupun dia bukanlah seorang hamba yg taat kpdNya. Malah, dia adalah ahli maksiat yg tegar.

"Aku tak solat, tapi aku berjaya. Jadi tak betullah solat itu membawa kejayaan. Dia byk buat maksiat tetapi kekayaannya tak pernah putus." Jauhkan sama sekali perasaan seperti ini.

Jika kita ada bersama keluarga sekalipun jika Allah ambil nikmat kesihatan bagaimana? Apapun marilah kita mendoakan kebaikan utk artis tersebut... Amin. Kita semua ini pendosa yg keaiban kita ditutup olehNya.

Tanamkan pada diri kita Allah sayang kita...Allahuakbar... Insyallah.