Malaysia bakal mengalami reform bermula dari PDRM

 

CALON PKR BIARLAH MEREKA YG SENIOR...

Sebaiknya calon2 PKR biarlah mereka yg sudah lama di dlm parti. Yg punya intergriti dan aura kepimpinan. Lagipun mereka ini telah lama berjuang utk parti dgn pelbagai rintangan. Yg baru ni tidak kira dia artis terkenal, org popular dan sebagainya... buktikan kesetiaan mereka dahulu.

Bukan saja adil tapi fikirkan pengorbanan dan kesetiaan mereka senior di dlm parti dahulu. Kita yg baru2 ini jadi sukarelawan dan Paca sudah memadai. Kegembiraan kita apabila negara kita akn berlaku reform.

Angin reform kelihatan apabila PDRM telah memulakannya. Tahniah IGP dan PDRM keseluruhannya. Bayangkan jika PDRM dan SPRM mendapat pemimpin seperti Anwar Ibrahim... pasti negara kita akn mengalami perubahan reform yg sgt ketara.

Tanpa korupsi berpuluh billion setahun itu yg bukan sahaja kita kehilangan wang tapi penguatkuasaan dan sistem negara turut rosak... Wang berpuluh billion itu tol boleh dihapuskan ( kita mahu hapuskan tapi Mahathir menolak ), tiada lagi yg kaya bertambah kaya, tiada lagi undang-undang hanya utk org miskin, tiada lagi rakyat digula gulakan dgn wang dan banyak lagi boleh dilakukan.

Di China mereka tiba-tiba menjadi kuasa besar dunia apabila berlaku revolusi. Bermula dgn menangkap pegawai-pegawai polis yg rasuah. Selepas itu pemimpin2 yg rasuah dan pegawai-pegawai kerajaan yang rasuah. Akhirnya barulah mereka fokus kepada ekonomi.

Saya yakin rakyat Malaysia sdg menuju ke sebuah negara maju. Negara maju lahir dari pemikiran rakyat yg berdaya maju. Tidak diperbodohakan dan diperhambakan. Saya amat yakin kita menghampiri revolusi sepertimana dikecapi negara China ketika ini.

 

No comments: