KEADILAN SARAWAK PERLU TENAGA DAN NAFAS BARU - ISWARDY MAMPU PERKUATKAN KEMBALI KEADILAN SARAWAK


May be an image of 1 person and text that says "Iswardy perlu dibawa masuk ke dalam MPN Sarawak!!"


Apabila MP Julau, YB Larry menjual maruah dirinya kepada pengkhianat sekaligus melukai hati ramai pengundi-pengundi di Julau serta mengkhianati pengorbanan dan perjuangan rakan-rakannya di dalam Keadilan Sarawak, maka Keadilan Sarawak perlu bangkit dengan tenaga baru dan nafas yang baru.

 

Saya lihat tiada kesan dari pengkhianatan Larry terhadap para penyokong Keadilan khususnya di Sarawak, tiada tindakan keluar parti beramai-ramai atau mana-mana Cabang yang lumpuh. Apa yang perlu hanyalah penyusunan semula Ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN) kerana Larry sebelum ini adalah Pengerusi MPN Sarawak.

Saya melihat salah seorang yang paling sesuai berada di dalam MPN Sarawak adalah sahabat saya Sdr Iswardy Morni

 

, seorang aktivis Bina Negara dan juga seorang Youtuber dan penggiat media sosial berkaitan politik yang hebatMungkin tidak semua pandangannya boleh kita terima dan kadangkala bertentangan dengan kemaslahatan parti, tetapi banyak perkara yang beliau sentuh itu amat berguna sebagai peringatan dan panduan. Jika beliau mengkritik parti, itu bermakna beliau masih sayangkan parti. Saya amat bimbang jika tiada lagi orang yang mahu mengkritik parti atau pimpinan.

MPN Sarawak amat bertuah jika suara anak muda ini dibawa ke dalam MPN. Kelebihan yang ada pada Iswardy sukar untuk ditemui di dalam parti. Jika parti mengharapkan kewangan atau dana, Iswardy bukan orangnya. Tetapi jika parti mahukan seorang pejuang yang ikhlas dan istiqomah serta punyai idealisma, inilah orangnya.

 

Saya percaya, Keadilan Sarawak akan lebih mantapdan kukuh selepas ini sekiranya tenaga muda seperti Iswardy ini diberikan ruang. Orang yanghebat letak di mana saja pasti boleh mempamerkan kehebatannya. Jangan persiakan anak muda ini.


WFAUZDIN NS

 

No comments: