APABILA KUASA DITANGAN ....

 Tarikh 8 Mac Parlimen bersidang tidak lagi terpakai setelah darurat dikuat kuasa - Rashid Hasnon

Bernama
Tarikh 8 Mac Parlimen bersidang tidak lagi terpakai setelah darurat dikuat kuasa - Rashid Hasnon
Datuk Mohd Rashid Hasnon, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tarikh 8 Mac untuk persidangan Dewan Rakyat seperti yang dilaporkan oleh beberapa media adalah tarikh takwim asal yang tidak lagi terpakai setelah Ordinan Darurat dikuat kuasa, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon.
Beliau berkata hanya Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memanggil Parlimen bersidang seperti yang diperuntukkan menerusi Sekysen 12(1)(b) iaitu "YDPA (Yang di-Pertuan Agong) boleh prorog, bubar dan panggil Parlimen pada yang tarikh difikirkan perlu oleh YDPA."
"Maka suatu urusan lain perlu dilakukan, termasuk proklamasi prorog dan memanggil Parlimen Penggal Ke-4.
Perlu diingat juga notis daripada SUDR (Setiausaha Dewan Rakyat) ke MP (Ahli Parlimen) saja adalah 28 hari," jelas beliau menerusi hantaran akaun Twitternya malam tadi.

Rabu lepas, Istana Negara dalam kenyataan menyebut Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.
Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata perkara itu termaktub dalam subperenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.


No comments: