PERSIDANGAN AGUNG UMNO - DI MANA KETAJAMAN KERIS YANG SELALU DIJULANG ITU?

 

File:UMNO (Malaysia).svg - Wikipedia

Terlebih dahulu 'Selamat Bersidang' diucapkan kepada seluruh Umno Bahagian di seluruh negeri. Persidangan kali ini tentunya seperti tahun lalu di mana tiada serinya walaupun Umno kini telah kembali menjadi sebahagian dari 'kerajaan pintu belakang'.

Jika tahun lepas, Umno bersidang di dalam kedudukan sebagai Pembangkang sewaktu negara ini diperintah oleh kerajaan PH mulai Mei 2018 hingga Feb 2020 setelah PH dikhianati dan Umno turut bersubahat di dalam kerja jijik mencemar amalan demokrasi negara ini apabila bersama menyokong kewujudan kerajaan yang dirampas tanpa melalui pilihanraya.

Ternyata, sesiapa sahaja yang khianat dan menyokong pengkhianat tidak akan tenteram, aman dan diberkati. Lihat sahaja apa yang berlaku sepanjang kerajaan pintu belakang ini memerintah. Bagaimana dengan masalah Covid? Semakin baik dan terkawalkah? Bagaimana dengan ekonomi negara dan harga barang? Semakin menyenangkan rakyatkah? Pelaburan di dalam negara? Indonesia dan vietnam sudah berada di atas kita. Usah banding dengan jiran kita, Singapura. Semakin tinggi rakyat yang menganggur. Kaum Melayu yang sekian lama majoriti hidup susah, adakah semakin senang? Di mana "Makcik Kiah' yang dijanjikan oleh Muhyiddin akan kaya dengan hanya menjual goreng pisang?

Mahu bicara soal agama? Kerajaan pintu belakang tanpa Dap ini lebih islamik kerana ada parti Pas di dalamnya? Cuba sebut satu dasar Islam yang paling menonjol yang telah diperkenalkan oleh kerajaan tebuk atap ini? RUU 355 ? Hudud? Peramugari tutup aurat? Kilang arak? Isu Arwah Adib? Ini di antara beberapa isu yang pemimpin2 Pas dulu sering buat modal dalam ceramah dan kuliah mereka sewaktu kerajaan PH memerintah. Cuma satu yang mereka berjaya lakukan iaitu berjaya meningkatkan kembali cabutan no ekor/judi dari 8 kali sewaktu kerajaan PH memerintah kepada 22 kali cabutan waktu kerajaan tebuk atap tanpa Dap perintah. Islamik la sangat.

Ahli-ahli Umno patut menggunakan persidangan mereka kali ini untuk mengajar Bersatu atau PN bahawa jika mereka boleh khianat untuk menjatuhkan kerajaan PH, apakah Umno tidak boleh melakukan perkara yang sama kepada mereka? Lagi pun, apa untungnya Umno berada di dalam PN jika untuk menjadi menteri di kementerian yang penting pun tidak dapat? Bukankah Umno memiliki Kerusi Parlimen paling banyak? Sampai bila Umno hanya menjadi kuda tunggangan kepada Bersatu?

Kalau Umno hanya sanggup jadi sebahagian dari kerajaan tebuk atap atau pintu belakang ini hanya untuk menyenangkan Anuar Musa atau Hishamuddin Husein menjadi menteri, dayus sangatlah Umno. Sebab itulah Muhyiddin dan Azmin tidak hairan dengan Umno kerana mereka tahu kelemahan Umno walaupun hakikatnya Muhyiddin dan Azmin ini jauh lebih lemah sebenarnya, cuma kuasa yang mereka ada itu menampakkan seperti mereka kuat. Bukankah kuasa mereka itu pun diberikan oleh Umno? Bila2 masa Umno boleh sentap kedua2 mereka jatuh terduduk, jika Umno ada 'kejantanan' dan benar2 ikhlas membawa suara akar umbi mereka. Tetapi sekiranya Umno hanya mahu main wayang kulit sahaja di media sosial kononnya seperti garang dan berani sergah Bersatu, hakikatnya telur telah dipicit, lebih baik persidangan Umno kali ini hanya buat seperti 'reunion" dan makan2 saja.

"Selamat bersidang dan tunjukkan ketajaman keris yang sering kelian julang itu".

WFAUZDIN NS

 

No comments: