PAKATAN RAKYAT DULU DIBENTUK BERSAMA PAS...TANYA LAH SESIAPA YANG PERNAH BERKAWAN...DEPA SAJA LA YANG BETOI....

 


Umno tak boleh terima Pas “main dua kolam”

Umno tak boleh terima Pas “main dua kolam”

UMNO tidak akan menerima sekiranya Pas menyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pilihan raya akan datang.

Justeru Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengingatkan agar parti itu setia dengan UMNO dan tidak memungkiri janji yang dimeterai menerusi Muafakat Nasional (MN) pada 14 September 2019.

“Sekarang ini Pas menganggotai dua pakatan dalam MN dan PN dalam keadaan ini kita berasa tidak senang kerana kita tahu Pas menghadapi masalah. Pas mahu belah mana belah UMNO atau Bersatu?

“Saya menyeru sekali lagi rakan-rakan kita dalam Pas, saya tidak nampak kita (UMNO) dapat menerima sekiranya Pas bersama menyokong Bersatu dalam masa yang sama juga (menyokong) UMNO. Kita pun biasa dengan ada satu ummah sahaja tidak ada dua, tiga ummah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak 2020 yang turut disiarkan secara Facebook Live.

Tajuddin berharap agar Pas tidak terpengaruh dengan tawaran-tawaran berbentuk jawatan, harta dan projek untuk meninggalkan UMNO.

“Memang sekarang kita diduga dengan nafsu berbagai imbuhan, pangkat atau nama atau harta, benda. Ingat !, jangan apabila keadaan sekarang, peluang terbuka dengan jawatan, pangkat, projek dan sebagainya kita lupa janji kepada pengikut kita untuk lihat ahli UMNO, ahli Pas untuk membentuk satu perpaduan orang Islam,”menurutnya.

Tanpa menjelaskan secara terperinci, Pas tidak boleh menyalahkan UMNO sekiranya parti itu membuat keputusan untuk memungkiri janji MN.

“Sekiranya berlaku keadaan yang tidak dijangka. Jangan salahkan UMNO, kita tidak mahu disalahkan kerana pihak yang yang mungkir janji, tinggalkan kawan,” tambahnya.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu menambah, keutuhan Muafakat Nasional (MN) akan berkekalan sekiranya kedua-dua pihak saling menjaga hubungan kerjasama yang telah dimeterai sebelum ini.

“Kita jaga hubungan kita dengan Pas, kita jangan berkelahi dengan Pas, kita perlu berbaik. Untuk jaganya kita tidak boleh bertepuk sebelah tangan UMNO sahaja baik Pas tidak baik tidak boleh jadi, Pas sahaja baik UMNO tidak, tidak boleh kedua-dua perlu berbaik jaga,” kata beliau lagi.

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan perpaduan Ummah menerusi MN terbentuk selepas kekalahan UMNO-BN pada pilihan raya yang lalu.

Hal ini ujarnya peluang memastikan kerjasama antara kedua-dua parti menuju keberhasilan.

No comments: