Poster 'upacara angkat sumpah' guna nama AMK, palsu

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia menegaskan sebuah poster mengenai Upacara Mengangkat Sumpah Perdana Menteri ke 9 menggunakan logo dengan tulisan ‘AMK’ yang tersebar sejak pagi tadi adalah palsu.

 Setiausaha AMK Malaysia, Ahmad Syukri Razab menyeru agar netizen tidak berkongsi atau menyebarkan poster tersebut di media sosial.

 "AMK menyeru semua pihak tidak menyebarkan poster berkenaan yang mungkin dihasilkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mengganggu proses transisi Kerajaan Persekutuan yang sedang berjalan.

 "AMK dengan ini menjunjung penuh kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong dalam memutuskan isu pemilihan Perdana Menteri selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan berjaya memperolehi majoriti selesa bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu," katanya dalam satu kenyataan.

 Ahmad Syukri turut menegaskan logo yang terdapat pada poster berkenaan adalah rekayasa pihak yang tidak bertanggungjawab dan bukannya logo rasmi AMK Malaysia.

 


No comments: