UMNO TAK PUAS HATI DENGAN YIDIN PUNCA BERPALING?
Umno tak puas hati dengan Yidin punca berpaling?
Yang paling bestnya…GPS sebentar tadi telah menafikan bahawa mereka memberikan sokongan kepada DS Anwar. S/U agung GPS siap memperlekehkan Kenyataan Anwar itu. GPS ingat…hanya mereka sahajalah yang mampu menjadi kuasa ketiga bagi menjatuhkan KERAjaan PN?
Tetapi mereka silap. Yang lebih gila kita dengar…Presiden UMNO, DS Ahmad Zahid Hamidi sendiri mengakui bahawa mereka-mereka yang menyokong DS Anwar adalah terdiri dari MP-MP UMNO. Malah katanya, dia tidak akan menyalahkan mereka-mereka yang hendak menyokong Anwar dan seperti kata beliau “Saya tak dapat nak halang mereka kerana UMNO bukanlah sebahagian dari PERIKATAN NASIONAL”. Zahid juga ketika di tanya oleh wartawan…enggan untuk mengulas lanjut perkara tersebut.
Ada juga beberapa MP dari Bersatu dan 2 MP dari bekasan PKR turut menyertai kumpulan Anwar ini.
Sebab utama mereka enggan lagi menyokong Yiddin:
- Azmin semburit cuba menunjukkan kuasa. Ini membuatkan orang-orang UMNO dan PAS meluat!
- Orang-orang BERSATU tidak pernah setuju kemasukan Azmin bersama parti mereka.
- Muhyiddin MELUPAKAN Presiden UMNO dalam apa jua urusan dan keputusan.
- Yiddin dengan jelas, tidak mahu membantu Jibby dalam menyelesaikan isu/skandal atau kes Jibby di Mahkamah.
- Yiddin secara beraninya telah mencalonkan Hj Hajiji (bersatu) sebagai KM Sabah (jika BN/PN menang PRN Sabah). Sebaliknya…UMNO inginkan ADUN dari parti mereka yang di lantik menjadi KM Sabah.
- Timbalan Presiden UMNO (tok Mat Hassan) turut di ketepikan oleh kem Yiddin dan tidak di berikan apa-apa jawatan.
Tiada peluang lagi Yiddin membetulkan kelemahannya itu kecuali…satu perkara iaitu dia perlu menyakinkan Tuanku YDA untuk pembubaran Parlimen.
Semasa mempengerusikan mesyuarat kabinet tadi…kelihatan airmatanya berjurai-jurai keluar ketika hanya TITM cuba untuk menenangkan beliau. Dia kelihatannya agak kusut masai dan tidak ceria ketika berucap dalam perutusan Khas prihatin Nasional. Dan selepas itu…Yiddin tiba-tiba sahaja mengajak rakyat menolak tindakan membuta tuli MP-MP yang berhijrah kepada team Anwar. Salah sape tu Yiddin? siapa yang memulakannya?. Bila pulak rakyat nak bersama-sama ngan engko?
Saya masih ingat kata orang tua-tua dulu..”Cepat engko naik…cepat jugaklah ko jatuh!”.