PELANCARAN GERAK98 PAHANG PADA 03 OKTOBER 2020 (SABTU) DITUNDA



Saya selaku Pengerusi Gerak98 Pahang telah menerima nasihat dari pihak keselamatan agar tarikh program Pelancaran Gerak98 peringkat Negeri Pahang yang dijadualkan pada 03 Oktober 2020 (Sabtu) jam 8.30 malam bertempat di D'Peria Cafe, Kg Cempaka, Jln Pantai Sepat, Tg Lumpur, Kuantan ditangguhkan sementara waktu.


Penangguhan ini terpaksa dibuat setelah perbincangan di antara saya dengan pihak keselamatan serta Pengerusi Gerak98, Sdr Ezam sendiri dan Sekretariat Gerak98 atas sebab keselamatan kerana baru-baru ini terdapat satu kes Covid19 telah direkodkan di Kuantan.  Demi keselamatan semua dan sebagai menghormati nasihat pihak keselamatan, saya selaku Pengerusi Gerak98 Pahang mengambil keputusan untuk menangguhkan program tersebut pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.  


Penangguhan ini turut disokong oleh Gerak98 pusat.  Namun demikian, saya berjanji akan mengadakan program yang dirancang itu pada tarikh yang sesuai dan InsyaAllah, pada tempat yang sama.  Gerak98 tetap mengutamakan keselamatan orang ramai.


Gerak98 mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada tuan rumah dan pemilik D'Peria Cafe, Tuan Hj Mazlan yang awal-awal lagi membenarkan premisnya digunakan untuk program tersebut. InsyaAllah, tempat beliau tetap menjadi pilihan kita pada program akan datang.


Sekian, untuk makluman.  Terima kasih.


WAN FAUZULDIN BIN WAN SAMAD

Pengerusi Gerak98 Pahang



No comments: