Prestasi Warisan lebih baik daripada PRU 14
Ipohmali
Aku pelik masih ada yang memperkecilkan Warisan dalam PRN Semalam.. Cuba buat satu analisa itu dengan adil, Bukan sebab kecenderungan atau kebencian kepada sesuatu tokoh dan parti..
Kadang2 pelik, apa kaitan Tun dengan Politik di Sabah..Tun dia sekali pun tak turun ke Sabah.. Tia tiba semua benda dihalakan kepada Tun menjadi sebab kesalahan… dan macam walaun PAS punya analisa..Semua jadi Salah DAP…
Sebenarnya prestasi Warisan dan PH cukup baik, Ramai yang beranggapan Warisan ditolak rakyat Sabah hanya kerana tidak mampu cukupkan bilangan untuk tubuh Kerajaan negeri, pandangan tu silap..
Untuk pengetahuan, PRU 14 pun Warisan juga tak cukup bilangan.. Ketika itu Warisan dapat bantuan dari Adun UPKO yang menang 5 Kerusi, begitu juga STAR.. Warisan menjadi mangsa akibat persempadanan semula atas petunjuk gabungan PH dulu termasuk Bersatu..
Pola pengundian berubah di Sabah, ada kerusi yang Warisan rampas dari UMNO..ada yang hilang.. itu yang jadi di semenanjung, Pola pengundia mengikut kaum akan berubah..
Kali ini Prestasi yang teruk adalah UPKO hanya dapat mempertahankan 1 Kerusi biarpun bertanding 12 kerusi… Jika UPKO dapat 5 kerusi seperti PRU 14, dah pasti keputusan berbeza…
Jadi kita ambillah tanggung jawab bersama.. Manakala Warisan menang Undi Popular seluruh Sabah.. dan jika ditolak DAP.. Warisan dapat menambah 2 Kerusi dari 21 Kerusi masa PRU 14 kepada 23 Kerusi.. kini Warisan menang 29 Kerusi dibawah lambang dia..
PKR dan DAP masing2 kekal dengan kemenangan yang Sama seperti PRU 14.. DAP menang 6 kerusi dari 7 dipertandingkan.. manakala PKR 2 dari 7 kerusi… Walaubagaimanapun, Undi yang DAP dan PKR terima meningkat.. ia satu petanda baik untuk masa depan PKR dan Warisan..
Itu sebab aku kata, Kita boleh bincang dengan fakta dan realiti apa yang berlaku dengan adil, Bukan dengan sebab aku tak suka kamu sebab calon PM.. habis semua jadi salah Tun.. Warisan juga raikan parti Pribumi seperti UPKO biarpun kalah teruk..
Keputusan UPKO itu bayangan Bersatu/Pejuang, mahupun Amanah dalam PRU 15 nanti.. bukan sebab mereka tidak kuat, Tetapi depa boleh jadi mangsa bila bertanding dikawasan Majoriti Melayu atau luar bandar yang masih kuat sentimen Ashabiyah.. Jadi apa peranan kita ? Perkuatkan kelompok menengah dalam Masyarakat.. Beralih dari strategi Pantai Barat, kepada Malaysia timur dan Pantai timur..
Sebagai Contoh Sabah.. Sabah dalam PRU 13 masa tu tidak wujud parti Warisan, PKR bertanding berpuluh kerusi Dun hanya menang 7.. DAP hanya menang 3 kerusi.. Manakala Parlimen PKR hanya menang 1 manakala DAP 2 kerusi..
Manakala dalam PRU 14, bila Warisan mendominasi pertandingan di Sabah.. Warisan saja dapat menguasai 8 kerusi Parlimen.. DAP dan PKR yang bertanding kerusi kurang dari PRU 13, masing2 menang 3 Kerusi.. Itu sebab aku kata, Kita suka atau tidak kerjasama itu penting..biarpun parti itu kecil..
Jangan mendabik dada aku lah parti paling ramai ahli..Paling kuat seperti PAS dulu..itulah merosakkan perjuangan PAS dulu.. ada ketika pemimpin PN dan BN jauh lebih matang dan meraikan perbezaan.. Tetapi pelik ramai dari penyokong PH sendiri tidak dapat meraikan perbezaan pandangan..
Soal Parti dan Tokoh tertentu Setuju orang ini sebagai Calon PM atau tidak itu soal kedua..Raikan perbezaan pandangan.. Berikan fakta dan dapatan mengapa kita berpandangan sedemikian.. PKR boleh saja tak setuju dengan Tun dan Shafie.. Begitu juga Shafie dan Tun..depa berhak tak setuju dengan Ds Anwar..
Apa yang lebih penting kita memperkuatkan Parti berbilang bangsa dan kaum.. Memperkuatkan Parti seperti ini dalam menentang kelompok parti Ashabiyah… Jika dilihat dari keputusan PRN Sabah.. Warisan dan PKR adalah bayangan parti Masa depan.. Warisan akan memperkuatkan Malaysia Borneo..makala PKR akan memperkuatkan Semenanjung Malaysia..
Ds Anwar dan Shafie adalah gandingan terbaik memimpin Malaysia Baru.. 🙂