Assalamulaikum Semua Kepimpinan MT,Ketua-Ketua Bahagian dan
Sahabat-Sahabat,
Pertama sekali saya ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih di
atas Bantuan dan Kerja kuat Rakan-Rakan & Jentera seluruh Malaysia yang
membantu UMNO Sabah sepanjang PRN Sabah.
Walaupun saya Selaku Ketua Umno Sabah tidak berapa Gembira
dengan Kemenangan yang BN Menangi,Tetapi Saya redha & Terima Ketentuan
Allah dengan hanya 14 Kerusi saja yang kita Menangi di sebab kan beberapa
Factor yang kita semua fahami.
Saya juga ingin Memaklumkan Berkenaan Jawatan Ketua Menteri,Umno
Sabah Telah Menghantar Cadangan Ketua Menteri kepada TYT Sabah Semalam,Tetapi
Memandangkan BN Hanya Menang 14 Kerusi manakala PN+ Menang 23 Kerusi,Pihak Kita
terpaksa Menghormati demokrasi Parti Yang Menang Banyak Kerusi perlu Menjadi
Ketua Menteri.
Saya juga ingin Memaklumkan.Semua Adun BN meminta pada Saya untuk
menjadi Kerajaan dan mereka tidak sanggup jadi Pembangkang.
Saya Selaku Ketua Umno Sabah Terpaksa Menghormati Permintaan
Mereka.
Saya Juga Ingin Mengambil Kesempatan untuk mengucapkan Terima
Kasih Kepada Dato’ Seri Presiden yang telah bertungkus Lumus dari awal kempen
dan sentiasa berkomunikasi dengan saya dan Naib-Naib Presiden dan serta SUA-SUA
disini yang menyokong saya untuk menjadi Ketua Menteri Sabah sehingga saat-saat
Akhir tetapi Saya Terpaksa Menerima Keputusan ini atas Permintaan UMNO SABAH.
Saya Harap Rakan semua tidak menyalahkan Presiden atau mana-mana
pihak diatas perkara yang berlaku.Saya mengambil tanggung jawab atas apa yang
berlaku di Sabah.
Umno Sabah tidak akan kemana tanpa Bantuan Presiden dan
rakan-rakan yang lain dan Marilah kita bersama-sama Fokus PRU 15 yang Sudah
Hampir.
Sekian.
Bung Moktar
Ketua Umno Sabah