HAMDAN TAHA
Kemenangan yang sama seperti pru ke 14....cuma sekarang jumlah
kerusi telah bertambah. Warisan masih kekal bergitu tetapi sahabat baik dia
upko tidak membantu langsung. Dap kekal kuat...pkr menang dua kerusi seperti
sebelumnya. Warisan parti Pendatang berjaya di lagu kan kepada masyarakat
kadazan dan bumiputra sabah...mereka takut dan menolak atas isu itu...
Di sebelah BN pula hanya umno yang berjaya menang 14
kerusi,target menang 22. Mca tidak membantu langsung. Jika cina di sabah pun
tolak mca....di semenanjung lebih teruk lagi. Umno kena ambil balik kerusi
kerusi penting seperti tg malim dan tapah dan banyak lagi kerana mca mic tidak
akan menang...
Pn menang 17 agak kuat kerana mereka bertanding di 29 kerusi.
Terbukti di sabah tokoh itu penting. 10 dari bersatu yang bertanding semuanya
Yb dan orang lama dan ada kewangan kukuh. Star dan PBS sama mereka untung
kerana masyarakat mereka menolak upko...maka star dan PBS menang agak bergaya
terutama star...sehingga calun bebas yg star sokong pun menang...
Di semenanjung kita tidak tahu bagaimana rakyat memilih....tapi
boleh di katakan ada persamaan tempat tempat mejoriti melayu pasti akan memberi
sokongan pada PN dan BN (umno). Sama seperti sabah yang pengundinya
bumiputra...sapu bersih...
PH atau apa pun nama mereka selepas ini nampaknya sukar kerana
semasa Tun Dr M menjadi PM di zaman PH telah merosakkan imej PH. Dap pula telah
menghancurkan diri mereka kepada pengundi melayu tetapi berjaya kekalkan
kekuatan pada masyarakat bukan melayu. PKR tersepit di tengah tengah...
Apa pun keputusan di sabah membuktikan....isu katak...lompat
parti...rasuah....sex...main bini orang...sapu duit rakyat...apa juga isu pada
tokoh politik tanah air....rakyat langsung tak ambik kisah....mereka tetap undi
berdasarkan sentimen dan duit yang mereka dapat masa mengundi...mereka tak
ambik kira isu isu peribadi pemimpin atau parti. Bukti calun lompat menang
semua kecuali melalap...calun bebas tu pun lompat...menang....kerana kemampuan
mereka di tempat masing masing....
Allahualam