UNTUK AKTIVIS AMANAH -PILIHLAH YANG MANA ANDA SUKA..KERANA INI NEGARA DEMOKRASI.

Jika dirasakan selesa bersama Umno dan sebagaimana Pas lakukan, silakan..biar dimaki 7 keturunan sebagaimana Umno jadi hari ini, pun jika nak kembali kepada parti lama, banyak lebai kelarah dalam tu..pun pilihan juga biar dicop sebagai petualang agama...dalam menyokong Anwar tidak juga mudah dan senang, jenuh juga tapi selagi dah terbiasa lama lama alah bisa tegal biasa....kalau ditakdirkan nak jadi pembangkang sampai mampoih..lawan sajalah



 JAMZURI ARDANI 

Image may contain: 7 people, people sitting, table and indoor


Selepas pengumuman DSAI hari Rabu lepas, kami sesama aktivis Amanah mula berdebat ... kalau terpaksa memilih untuk bersama antara PAS atau Umno, apa pilihan kita?

 Rupanya ia satu pilihan yang sangat sukar buat rakan-rakan dalam Amanah. Rata-rata kami sangat yakin, politik Malaysia ini cukup sempurna kalau keduanya tidak ada dalam pentas politik negara. Tetapi, realitinya mereka memang ada.

 

Kebanyakan kami tidak pernah membayangkan kemungkinan suatu hari kami akan terpaksa memilih satu antara dua parti ini. Kami berdoa sesungguh hati agar ianya tidak akan menjadi suatu pilihan yang dipaksakan ke atas kami.

 Pun begitu, kalau ianya satu pilihan yang dipaksakan ke atas saya ... saya mungkin akan memilih mana-mana pihak yang menang dan berkuasa. Tak kiralah siapa pun yang bersama saya. Waktu itu, saya fikir mungkin soal prinsip dan maruah sudah tidak lagi wujud atau penting dalam dunia politik. Kalau anda sudah terpaksa memilih antara PAS atau Umno, apa guna lagi bicara soal prinsip dan maruah.

 Kendati pun, meninggalkan dunia politik memang bukan pilihan untuk saya. Dunia politik ini ada banyak pintu masuk, tetapi tiada pintu keluar.

Saya berdoa agar Pakatan Harapan terus melangkah ke hadapan membawa obor politik yang sederhana, bermaruah, berintegriti, demokratik, dan menjunjung prinsip keadilan sejagat. Kalah menang soal lain. Biar kita hilang kuasa, asal tidak hilang maruah.

 

No comments: