Malam ini, Ahad (27/9/20) jam 9.00 mlm, bertempat di Gombak, tanah tumpahnya Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) yang diasaskan oleh Almarhum Us Fadzil Noor, pihak GERAK98 akan mengadakan sambutan hari ulangtahunnya.
Boleh dikatakan semua negeri di semenanjung telah dikunjungi oleh Pengerusi gerak98, Sdr Mohamad Ezam Mohd Nor di dalam misi jelajah GERAK98. GERAK98 yang dihidupkan kembali oleh Sdr Ezam dan rakan-rakan lama seperjuangannya dahulu hanya tampil secara aktif dan agresif disaat kerajaan mandat rakyat dikhianati. GERAK98 tidak menumpang senang sewaktu kerajaan PH berkuasa. Apabila kerajaan mandat rakyat ini dikhianati, atas prinsip menentang kezaliman dan pengkhianatan serta menegakkan keadilan, GERAK98 ke hadapan berdepan dengan pengkhianat serta sekutunya.
Dikhabarkan tokoh reformasi, Sdr Anwar Ibrahim telah berjaya mendapatkan sokongan majoriti untuk kembali membawa PH ke Putrajaya. Jika benar, Alhamdulillah. Samada Anwar ditabalkan untuk menjadi PM atau tidak, GERAK98 pasti terus bergerak kerana perjuangannya bukan untuk tabalkan Anwar sebagai PM, tetapi untuk membawa roh perjuangan reformasi dan reformasi itu mesti dilakukan di negara ini demi kesejahteraan rakyat. Kami yakin, Anwar ada kuncinya.
Ayuh, saya menyeru para pendokong reformasi untuk ke Gombak, malam ini. Kita laungkan "reformasi" sekuat mungkin menandakan ianya telah begitu hampir dengan kita. Kita jumpa di sana, InsyaAllah.
"REFORMASI!! REFORMASI !! REFORMASI!!
WFAUZDIN NS
Pengerusi GERAK98
Pahang